Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 22, 2016

Sup cendawan berkerim

 kalau dah pebret tu, buat lagi dan lagi dan lagi... tak pandang dah creamy soup ni kat pizza hut tu...

 buat sendiri memang puas hati sangat dengan resepi ni... dan yang bestnya boleh taruk ayam dan cendawan banyak2, tak payah nak blend, biarkan ayam dan cendawan chunky dalam sup tu... bila makan tak la terus slurppp jer... ada jugak isi dalam tu nak kunyah kan... suka sangat dengan resepi ni dan selalu akan buat lebih2 untuk menghirup jer instead of cicah dengan roti ni... terima kasih pada yang kongsikan resepi ni ya...

Sup Cendawan Berkrim
 
100 gram cendawan butang jenis segar (kak rose guna yg dalam tin jer)
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
 

Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan (kak rose gantikan dengan daun pudina)
 

sekeping dada ayam - cincang halus 
sedikit dried oregano - yg ni kak rose tambah


Cara Membuatnya :
 
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.  masukkan ayam cincang, tumis hingga masak baru Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.
**Masukkan ayam cincang dan tumiskan hingga bertukar warna baru masukkan tepung.


Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula. (kak rose omit yg ni, suka yang ade chunky ayam dan cendawan dalam sup tu)

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka. 
(kak rose masukkan dried oregano)

suka dengan sup yang ada chunky meats n mushrooms dalam tu... lagi banyak lagi suka la kak rose... tamak sungguh kan!

Sunday, August 21, 2016

Crispy potato wedges

 home made crispy potato wedges... terjamin bersih dah halal, yang penting sedap... angkat dari koli terus boleh ngap panas2 gitu! tapi tu la... cicah cuma ade mayonis n cili sos jer.  tapi kan kali ni beli russet potato tu bapak main mahal...rm4.99/kg... bukan ke selalunya about 3 hengget ++ gitu jer kan... dan potato jenis ni saiz memang jumbo... 4 biji pun dah more than 1kg... memang puas makan walaupun buat wedges ni cuma guna 2 biji jer..

resepi kak rose cnp dari Jintanmanis.com.... mekasih ya Ros, kak rose tepek kat sini lak...

Bahan-bahanya

2 biji kentang saiz XL – potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( ros tak letak)
1 sudu teh serbuk cili ( kak rose guna serbuk kari ayam)
1 biji putih telur – dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut ( ros guna tepung goreng ayam)
Garam

Cara-cara

1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
untuk anak-anak,ros hanya salut dengan tepung goreng ayam je, untuk ros pulak ros campur serbuk kari dalam tepung goreng ayam tu, baru rasa pedas-pedas sikit.

Saturday, August 20, 2016

Potato salad

 

 bila dah tengahari dan perut dah mula berkeroncong tapi tak tau lagi apa nak masak, ni la jadinya... buat jer apa yang boleh disediakan dengan cepat dan yang penting sedap ditekak la kan... buat salad ni pun just rebuskan kentang tu dan gorengkan daging tu... instead of minced meat, kak rose guna  patties ayam berger... apa yang ada dalam simpanan je kan. tung tang kejap jer dah siap dan boleh dinikmati dah!


 so ini lah potato salad untuk lunch kak rose.. meratah je. Alhamdulillah dengan rezkinya.

ingredients:

200 gm potato (boiled n quatered)
100 gm mayonnaise
30 gm powdered mustard (kak rose x letak)
50 gm shallots (finely chopped)
5 gm salt
5 gm black pepper
some crispy cooked minced beef

method:

mix well potato, mayonnaise, mustad n shallots
add salt n black pepper to the salad mix n mix well again
spread some cooked minced beef on salad
ready to serve

Friday, August 19, 2016

Laici+kiwi+soda

 penyejuk tekak di musim panas...


Laici+kiwi+ice cream soda+ ice cube.... hmmmm dapnya.

kak rose buat base on resepi ni, tapi dengan mana yang ada jer... nampak macam ada laici dalam tu, tp diresepi tulis melon, adakah ianya sama... so kak rose pun memandai buh fresh laici... harap2 tak batuk la.

Bahan Minuman Kiwi Punch Soda :

  • Kiwi 2 buah ( dipotong-potong )
  • Sirup melon 200 mili liter
  • Soda manis 300 mili liter
  • Es batu secukupnya ( sesuai selera )

Cara Membuat Kiwi Punch Soda :

  1. Langkal awal masukkan kiwi , sirup melon dan es batu secukupnya ke dalam tabung blender lalu proses hingga semua bahan tercampur rata dan halus .
  2. Selanjutnya Tuang ke dalam gelas , dan tambahkan soda manis .
  3. Silahkan tambahkan es batu lagi secukupnya jika perlu .

Amalan Bismillah 5

 Asalamualaikum dan salam pagi jumaat yang mulia... pagi ni kak rose nak kongsikan amalan yang kak rose copy dari wall fb. Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.


“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim




semuga bermanafaat buat semua...

Thursday, August 18, 2016

Mee udang Mak Jah

 pertama kali pergi makan kat kedai mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang ni...hari ahad lepas semasa balik dari KL, teruslah kami singgah kat sini.... punya la ramai pelanggan dia, kereta berderet2 paking kat tepi jalan... so kena lah jalan jauh sket sebab penuh kereta sepanjang jalan tu... hari2 macam ni atau pun sebab hari minggu tak tahu la pulak... tapi memang ramai sangat pelanggannya. tapi service cepat jer, mungkin sbb staff yang ramai dan mungkin jugak kuah tu tentulah dah masak awal2 la kan...

 the list of menu... kak rose order kue teow udang special dan en asben punya mee udang special... nampak macam sket jer kue teow tu, tapi bila makan memang terbuntang nak abeskan... dan udang tu nampaknya sekor jer yang beso, dan 4 ekor lagi sedang2 jer saiznya... dan selain mee/kue teow tu the additional dalam tu cuma beberapa jurai kubis yg disagat halus dan digarnish dengan daun bawang dan bawang goreng... nothing else. ke memang cam tu jer menunya. no sayur nor telur rebus?

 dan list menu untuk minuman... kalau datang ramai2 boleh order yang dalam jug, boleh minum sampai puas!

 waktu berniaga... kawan2 kalau nak g masa cuti sekolah boleh la plan dari sekarang kan..

selalu jugak buat sendiri mee udang ni... macam2 kita taruk dalam tu, bila makan kat kedai semata mee dan udang rasa macam ada yang tak cukup...ishhhhh!!!! kak rose ni kan, lain kali buat sendiri jer... taruk lah segala mak nenek fish cake, fish ball, telo rebus n sayur2 tu!

Brisk walk semalam...

 Setelah dua bulan lebih berehat dari berbrisk walk pepagi, sekarang masa nak paksa diri untuk buat rutin seharian macam sebelum bulan puasa hari tu.... actually dah stat minggu lepas lagi, tapi tepon oppo tu cam tak leh nak capture steps yang dah kak rose buat, tepon samsung s6 edge yg dok guna dulu tu dah ilang kan...  lepas S health tu tak nak capture, kak rose donlod steps mania pulak... pun sama jugak... bila dah auto pause tu tak nak pulak auto resume to count the steps... so sejam berjalan dia cuma rekodkan about 1k steps.... eh, tak leh jadi ni.. atau memang kak rose yang buta it ni memang tak reti nak guna application yg canggih2 tu... huhu...

 nasib baik ade tepon samsung yang lama ni untuk screen captured.  dapatla rekodkan jumlah steps yang kak rose buat pagi2 hari tu...nak jugak tau berapa langkah dah buat... tak dapat 10k, separuh pun jadila kan... maklumlah jalan pun macam lenggang mak limah jer... agaknya kalau ada hantu mak limah yang kejo, mau laju jer langkah tu!

dan ni la jumlah steps pagi semalam... dengan jalan lenggang mak limah selama 1 jam lebih, sambil tu pot pet berenti bila jumpa kawan... dan teruskan semula... dah habis jalan sambung pulak duduk atas kosi nano bagi mandi poloh pulak...memang berpeluh sakan tapi lepas tu makan dan minum pun sakan jugak... calories burnt cuma 278 kcal, yang masuk berganda2 agaknya! ishhh... ishhhh!