Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 18, 2012

Jangan - Ustaz Don

Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu hari yang mulia pada semua.... harap semua dalam lindungan Allah jua hendaknya disamping menjalani rutin kehidupan seharian. hari ni kak rose nak share satu artikel yang kak rose baca dari satu blog ni.... pada yang sudi bolehlah kita jadikan sebagai panduan, kadang2 benda yang kita anggap remeh tu la yang menjadi pengajaran sangat berharga buat kita sebenarnya.... dari Ustaz Don, siapa yang x mengenalinya kan.....

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.

Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.

Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu. Walalhualam

muga kita mendapat sedikit sebanyak pengajaran dari artikel ini.....

Wednesday, May 16, 2012

Who's this girl?

adore sangat dengan photo ini.... siapa lah gadis cilik duduk ditangga ni? reality in life kan.... n nampak muka budak ni pun soooo innocent and as if x de masaalah langsung walaupun dengan persekitaran yg pada some of us sangat daif di pendalaman Sarawak. ya la budak sekecik ini apa yg dia tau ttg masaalah kan?. gambar ni kak rose capture dari majalah Times yg kak rose baca semasa di honda service centre pada cuti hari buruh tu... tima kasih pada jurugambar ni yg kak rose dah lupa sapa namanya yang sedang holidaying in Sarawak

tima kasih pada cameraman yg snap gambo unik ni.....

Tuesday, May 15, 2012

Potato salad

lunch untuk orang yang sangat malas nak masak tp nak makan! godek2 buat salad ni wpun x cukup bahan sama dalam resepi tu, tpguna apa je yang ada dalam simpanan kan... asalkan sedap n kenyang perut dah syukur Alhamdullilah.... pas tu gorengkan chicken tempura n fish fillet cicah dengan cili sos jer. resepi yang lengkap boleh tengok kat Myr oleh skyblue

Bahan-bahan
  • 2 biji kentang yg besar (potong dadu [2x2cm] dan direbuskan dgn sedikit garam sampai lembut)
  • 1 sudu besar Mayonnaise
  • 1 sudu kecil Pasli atau Daun Bawang yg dipotong kecil
  • 2 sudu besar Jagung (dlm tin / frozen)(x letak sbb cuma ada jagung cream jer... huhuhu)
  • 1/2 sudu besar Jus Lemon
  • Sedikit garam
  • kak rose tambah capsicum hijau didadu n sedikit pepper

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan dlm mangkok besar, gaul sehingga rata. Simpan dlm peti sejuk selama 30mins sebelum makan.
  2. Tips: Boleh tambah kacang hijau kalau suka.

Monday, May 14, 2012

Kebizian hari jumaat lepas....

part of the fresh daun kesum from the garden untuk laksa johor tu.....

salam hari isnin yg ceria... mmg ceria je cuaca pagi ni dengan matahari yg terang bersinar sejak awal pagi lagi. dan harap2 hari2 kita semua akan seindah cuaca pagi ni ya.... happy dalam memulakan minggu yang baru. Insyaallah.

entry tertunggak pun kak rose nak cerita kat sini jugak, biarpun dah basi.... saja buat kenangan dikemudian hari... hari yg bz buat kak rose, maklumlah x pernah masak banyak2 cenggini. kalau ada pun masa buat open house during hariraya jer, tp kali ni kawan mintak tolong masakkan untuk buat majlis yasinan kat rumah dia pada hari sabtu.... dan dia mintak kak rose masakkan laksa johor yg renyah tu.... so hari jumaat lepas balik dari SDMC terus lah kak rose memulakan projek buat kuah laksa tu.... maklumlah buat keja sorang2, so biarlah mulakan dari awal, jangan nnti kelamkabut x siap kan.... dengan lima kilo ikan nak debone, blend sampailah siap suma buat sorang2, pun dah menjelang tengah malam.... dah yang paling leceh bila nak siapkan ulam2 untuk laksa johor tu... timun yang nak dipotong bulat2 jurai tu yg paling amik masa! keras tangan kak rose nak siapkan timun tu.... pas tu barulah potong kacang, bawang merah, daun kesum, asam limau dan siang taugeh. jugak rebus 6 packets of spaggheti..... yang ni kak rose buat pagi sabtu pulak.... lega rasanya bila laksa ni dah siap. sayang kuah laksa yang seperiuk beso dan segala condiments nya kak rose lupa nak amik gambo!

tepung pelita dalam cup ni dia mintak kak rose tolong buatkan jugak.... 3 adunan dan dapatlah 72 cups... jenuh nak tuang satu2 dalam cup ni, nasib baik anak bujang ada rumah bolehlah tolong susunkan cups ni dalam tray, senang mamanya nak isikan satu2. walaupun sedikit renyah nak buat tp bila tengok tetamu dia suka dengan tepung pelita ni, kak rose pun tumpang gembira.... mekasih pada Yani kerana resepinya.

malam tu sambil menunggu renehkan kuah laksa tu, kak rose buatkan dia puding roti marble ni.... sebagai buah tangan untuk majlisnya.... 3 loyang 3 adunan dan 3 kali kak rose masak.... maklumlah x reti nak masak sekali banyak2.... takut nnti x tau nak bagi evenly, naya jer kan. so biar lambat asalkan selamat n menjadi walaupun rupa sememeh sana sini tp rasa ttp umph gitu! mekasih hana yg perkenalkan resepi mudah ni.

since mama sibuk, x dapat nak masak untuk dinner, soh anak g pizza hut... laju jer dia g and tapau sbb mama x leh nak pegi sama.... hot pair deals - 2 large super supreme pan pizza untuk kami 3 beranak. tamak kan?

Sunday, May 13, 2012

Ayam masak bali

salam hari minggu semuanya.... dah nak bersawang rumah kak rose ni x berusik... asik bz memanjang.... bz of doing nothing? entahla... hari jumaat tu bawak anak g physio kaki dia kat SDMC untuk kali ke enam... actually lutut tu dah elok, dah g main futsal n takraw pun, tp sbb appoinment dah buat so pegi je la.... n bila dah kata boleh main bola segala maka last physio tu mmg kena kaw kaw punya! kena buat jugak la.... ada hari sabtu tu g jumpa pakar tulang sekali lagi dan Dato Dr. Anuar dah bagi greenlight untuk aktif balik.... dengan syarat berhati2 la...

hari ini baru dapat masak dan mmg buat lebih2 untuk anak bawak bekal balik ke melaka... ayam masak bali, sambal gesek ikan bilis yg kak rose blend jer, jugak serunding ikan yg kak rose buat ari tu.... resepi ayam masak bali ni kak rose amik dari rumah Nor dan dulu pernak buat gak kat sini.... mekasih ya Nor dan sekali lagi kak rose sharekan resepinya.

AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah ni....

makan dengan nasi panas2 n sayur kacang buncis goreng dengan ayam ni...

jugak sambail gesek tipu2 sbb guna blender jer..... x de pandai nak menggeseknya. so guna cara yg paling senang je la kan.... dan ada jugak gulai daging masak lemak cili api... Alhamdullilah kenyang kami makan 3 beranak tengahari tadi..... dan jam 4 td anak dah mulakan perjalanan balik ke Melaka dengan segala bekalannya!

Thursday, May 10, 2012

Banana pancake

salam dan selamat petang..... juadah minum petang semalam, tp kan x dapat nak update sbb windows7 kak rose ni buat hal.... ni pun masih guna apple tp amik gambar kat windows7... jauh jalan gambar ni nak dapat tepek kat sini.... puas mengklik baru dapat satu gambo!.. x kisah la kan asalkan dapat mengodek rumah ni pun dah kira ok...

bila bli pisang mesti ada yg terlebih ranum x termakan dan jadilah mangsa kena lenyek.... rasanya dah lama jugak x buat banana pancake ni.... sejak terbakar hangus kat dapur ari tu, maklumlah x sabar punya orang! buat pancake pisang ni kena guna api yg sangat kecil supaya kejadian nya x la hangus macam kak rose punya ni.... tp walaupun hangus tetap jugak kena ngap!

masih guna resepi yg kak rose cnp dari rumah kak Hanieliza, sekali lagi kak rose sharekan resepinya kat sini ya....

BANANA PANCAKE (Hanieliza)

Ingredients :

8 ripe bananas ~ mashed (kak rose guna 3 biji pisang montel yg beso2 tu...)
1 teaspoon salt (I put just 1/2 teaspoon)
1 tablespoon sugar
2 tablespoons milk powder
1 egg
1 cup flour
1 teaspoon bicarbonate soda
a bit of margarine

Method :

1. Sift flour with bicarbonate soda. Set aside.
2. Mix well the mashed bananas, salt, sugar and egg.
3. Fold in the sifted dry ingredients till well incorporated.
4. Heat the non-stick pan and grease with a bit of margarine.
5. Put a spoonful of the batter onto the pan and flatten it.
6. Cover the non-stick pan and let the batter cook till golden brown. It's best done on medium heat to avoid the blackish color.
7. Flip over, so that the other side will get cooked as well.
8. Serve with honey or golden syrup or with whatever your heart desire...

Nyonya kerabu telor

salam dan selamat pagi semua..... hai susahnya kalau orang buta it ni kan.... dari semalam lagi komputer kak rose ni x boleh bukak guna windows.... maklumlah dalam ni ada tiga os... mac, vista n window7..... sllu tu bila bukak je dia akan bagi pilihan yg mana nak guna tp sejak semalam dia terus je pergi kat apple yg paling kak rose x suka nak guna... x reti pun ya jugak. ni la padahnya kalau x nak explore something yg baru and asik nak stick to the old one... bak kata busu, mama ni old school la. memang betul pun, malas nak pk.... nak edit gambar2 pun punyalah susah pd kak rose yg x reti ni kan.... dan pagi ni cuba jugak.... dapatlah buat entry ni, wpun punyalah jauh nak cari gambar2 yg duk dalam window7 tu... nak guna komputer yg lain, bila cari dalam network x de pulak nama komputer ni.... masa ni lah semua x jadi, sllu tu bila bukak network ada je icon komputer kak rose kat situ..... mana lah dah ko pegi oiiii atau kak rose yg x reti nak cari! adoyaiiiii!!!!! ni yg pepagi dah nak naik angin satu badan nih! tukang betulkan komputer pulak dah g keja... kena tunggu dia balik nnti le gamaknya baru dapat guna window7 balik....

antara bahan2nya.... minus the eggs.

ishhhh!!!! pepagi dah merepek meraban marahkan komputer yg buat hal nih! actually nak cerita tentang kerabu telor yg sedap ni. buat untuk dinner petang semalam.... ratah gitu je pun sedap gak. sejak ada gegata tu, lama jugak kak rose x makan telor, sekarang ni dah ok boleh lah makan... cuma berhati2 je la.... kalau ada timbul lagi ubat pun dah sedia ada. resepi ni kak rose godek kat rumah CMG, mekasih ya mat.... tp kak rose x de daun salad nak hias cantik2 cam tu... biar x cantik dimata asalkan saaaaangat sedap ditekak. betul kan Mat?

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus) (kak rose x letak sbb x makan itu blachannn)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka.....
ni gamba yg pernah kak rose tepek dulu kat sini.... gambar pun boleh ulang tayang kan....

pssstttt... 1st time update guna os apple dalam komputer kak rose ni.... x suker! x suker!