Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 8, 2010

Tepung pelita

salam semua.... masa ni tentunya ramai yang dah sampai ke kampung memasing.... almaklumlah cuti sekolah dah bermula awal lagi... jadi yang jauh2 tu tu ambil kesempatan untuk balik kampung awal2 lah kan.... elakkan kesesakkan lalulintas... tp td tengok berita pun traffic dah slowly build-up kerana ramai yang rush balik kampung at the same time.... esok tak tau lah camner ek? mintak2 x lah jem sangat....

k ari ni kak rose buat tepung pelita untuk juadah bukak puasa .... kiranya ni kali terakhir masak2 sbb esok dah nak balik dan harap2 sempatlah bukak posa kat kampung. resepi tepung pelita ni kak rose amik kat Myr.... lama dulu dah save dan pernah buat... memang sedap. teringat dulu2 masa kat Langkawi kami sama2 masak tepung pelita ni untuk juadah bukak posa.... mazni, wati, pura.... ingat lagi dak? meh tengok resepinya..... Myr x leh nak bukak lak petang ni.... jadi kak rose copy dari blog Fida yang dok kat Dubai tu.... macih ya Yani n Fida kak rose nak share resepinya kat sini....

RESEPI TEPUNG PELITA - yani myresepi

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

x pandai nak buat kotak sampan tu... isi je dalam bekas kecik2 ni.... banyak sungguh untuk satu adunan.... dapat 20 bekas kecik ni.... dapatlah jiran kak rose merasa tepung pelita penutup ramadhan yang mulia ni....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kak rose dan keluarga ucapkan buat semua kawan2 yang jauh dan dekat, yang sudi bertandang ke rumah kak rose yang x seberapa ni, kepada follower, yang sudi baca pot pet kak rose, yang sudi tinggal kan komen2 di shout box dan terutama sekali kepada sifu2 masak diluar sana yang sudi kongsi segala resepi dan petua untuk kak rose mencuba... almaklumlah dalam masa kita berpot pet di alam maya ni mungkin ada kata-kata yang mengguris hati dan kurang sedap didengar.... kepada semua..... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Insyaallah kak rose akan memulakan perjalanan balik kg pada hari khamis sbb busu akan hanya sampai ke Shah Alam pada malamnya dan pagi tu barulah bertolak ke BP, raya ke dua balik Shah Alam dan kemas2 tukar beg untuk teruskan ke Kelantan pulak.... kami akan bermalam di Kuala Kangsar sebelum meneruskan perjalanan esok paginya melalui lebuhraya Grik... jauh perjalanan raya kami sekeluarga - SAlam - JB- SAlam - KB dan bila balik nanti akan bermalam di Alor Star sebelum hantar busu terus ke Kolej Matrikulasi Pendang. Semuga selamat perjalanan kami pergi dan balik. Amin

Sunday, September 5, 2010

Salad udang seri pengantin

salam semua.... dah dekat nak abes puasa ni dah pening2 kepala nak masak apa kan.... hari2 dok pk benda yang sama.... buka petang ni dah tanya hb nak makan apa pulak esok!.... ewah2 macam lah pandai sangat nak sediakan semuanya.... tp preparation tu penting kan, so esok x yah nak serabut pk apa nak dimasak.... dan untuk ratah2 ari ni kak rose buat salad udang ni.... kenapa namanya begitu, jangan ditanya.... kak rose pun tak tahu. kena tanya yang empunya resepi dari majalah saji.... dulu tengok kat rumah ummi dan rumah hana jugak... kini giliran kak rose pulak nak merasa.... tima kasih pada puan berdua dan kak rose nak share resepinya kat sini ya. cnp dari rumah hana yang pagi raya kena tinggal dek somi yg pegi konperens.... cian dia!.... meh balik batu pahat. jahat kak rose kan! jalok ngapuro yo nduk....

Bahan-bahan
  • 10 ekor udang besar - celur sekejap.
  • 3 biji telor rebus - belah dua atau empat
  • 3 biji kentang - direbus dan dihiris - tak ltk (kak rose x letak)
  • 5 helai daun salad
  • 1 biji bawang besar - hiris jgn nipis sangat
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit garam (optional)
  • 5 sudu besar mayonis/secukupnya
  • Yellow mustard sauce - untuk drizzle - xde ganti cilisos

Cara Menyediakan

  1. Satukan semua bahan kecuali daun salad dan telor dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan udang, kentang dan bawang besar, gaul rata-rata.
  3. Susunkan daun dalam pinggan atau bekas sesuai dan letak bahan gaul tadi dan telor rebus di dalamnya..Susun ikut suka mata yea..hehe
  4. Drizzle dengan mayonis lg dan juga yellow mustard.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..pergghhhh!!!

Saturday, September 4, 2010

Tat Bunga ke 3

salam semua.... lepas buat sandwich cookies tu sambung pulak dengan tat ni..... tak jemu2 kak rose ni ulang tayang tat munge ni.... ni dah kali ke 3 buat dan yang ni baru dapat buat untuk sendiri.... tp tak de inti nenas dah... guna strawberry je.... x pe kan yang penting sedap dan cantik pada pandangan kak rose.... macih pada nor secubit garam tu kerana resepinya.... atau leh gak tengok sini.... dan balik kg baru ni adik pun berkenan dengan tat yang kak rose bawa balik untuk mak tu.... dan bertambah panjang resepi nor ni berjalan ya...harap diizinkan ya.....

satu adunan untuk kak rose sekeluarga je.... banyak tu...

tat munge inti starwberry jem sedang berposing.... last cookies for this coming hari raya... x daya nak buat banyak2 dah.... cukuplah tu.....

Strawberry sandwich biscuits

salam semua.... kak rose ni x leh tengok biskut cantik2 kat rumah orang... cepat2 nak buat je.... biarpun x cantik macam tuan punya resepi tu asalkan dapat buat dan merasa keenakkan biskut tu..... nampak resepi ni kat rumah TTM, punyalah teringin nak makan.... rasa macam dolu2 pernah makan... tp yang beli punyalah dan kali ni nak makan yang wat sendirik punya.... Alhamdullilah menjadi walaupun ada yang hangus sbb terleka dengan tat bunga lagi.... tima kasih pada TTM yang share resepi ni dan kak rose mintak izin nak tepek resepi tu kat sini ya... tima kasih sekali lagi... (Pssstttt kak rose mintak maap sbb dah tuko nama sekut ni sbb x de jem raspberry tu)

Raspberry Sandwich Biscuits(60 biji size dlm gambar)
175g Badam kisar
175g Tepung Gandum
175g Butter, suhu bilik
115g Gula Kastor
1 sk esen vanilla
1 cawan jem rasberry atau apa2 jem yang suka. (kak rose guna starwberry jem)

1. Pukul butter dan gula sampai kembang/putih.
2. Sambil pukul, masukkan esen vanilla.
3. Perlahankan speed mixer, masukkan badam kisar dan tepung sedikit sedikit sampai semuanya sebati.
4. Buat bentuk bola, balut dgn plastik, simpan dlm fridge sekurang2nya sejam.
5. Keluarkan dan canai doh setebal 3mm. Terap dgn bentuk yg disukai. Untuk yg atas, buat lubang.
6. Bakar dlm preheated oven 160C selama 12-15 minit bergantung pada oven masing2.
7. Sejukkan dan letakkan jem pada lapisan bawah dan kapit dgn biskut yg berlubang tu.

starwberry sandwich biscuits... x sabar nak merasa buatan sendiri nih....

Friday, September 3, 2010

Serawa sagu nangka

salam september semua.... cepatnya masa berlalu kan.... dah lapan bulan sejak kak rose berpindah dari langkawi ke Shah Alam.... rasanya baru saja tapi itulah hakikatnya.... kenangan bersama keluarga besar kami semasa di Langkawi tak kan mudah dilupakan terutama bila ada perayaan dan makan2.... manis sekali kenangan waktu itu kan.... buat mas, wati, pura n ina selamat hari raya kak rose ucapkan... x de lagi kita nak buat open house dari pagi menjelang malam.... huh... melalut dah kak rose ni.... asalnya nak cerita tentang serawa sagu nangka ni.... kegemaran kami semua... tu yang jadi teringat kisah2 lama bersama kawan2 yang telah kak rose tinggalkan for good!

nangka ni kak rose bawa balik dari kampung semalam.... biasalah bila bulan puasa banyak buah yang terbiar je kan... jadi kak rose pun bawak lah balik dan bagi2 pada jiran.... yang ada baki ni kak rose buat serawa nih.... dah stail orang johor suka pengat2 ni untuk juadah bukak posa.... makan sejuk2.... nyaman sekali sementelah nangka ni fresh pulak.... krup krap rangup je.... resepinya kak rose penah tedulu... leh tengok sini ya oleh Rinn Chan. tima kasih ya.

Wednesday, September 1, 2010

Balik kampung

salam semua.... hari ni pepagi kak rose buat lagi biskut bunga cina ni. ha... yang ni wat untuk raya..... buat satu adunan dapat 2 balang untuk mak n mil je.... yang kak rose punya kena wat lain lak.... resepi masih dari nor67 tu... macih ya nor dan yang ni kak rose nak bawak balik kg petang ni... tu yang pagi2 lagi dah stat projek sambil dengar koleksi lagu raya....

masak jugak gulai udang dengan peria ni untuk bawak balik jugak.... hissshhh sedapnya nak makan masakan mak kat kampung.... ya lah sejak posa ni belum lagi berkesempatan nak bukak posa dengan parents kan.... jadi ari ni abang amik cuti dan balik kg... cian busu x dapat nak ikut.... tapi x pe kan minggu depan kita balik lagi sama2 k.

juadah untuk bukak posa lak kak rose buat puding sagu gula melaka ni.... x de nak cantik2 masuk dalam bekas kecik2 tu dah.... sekali terus masuk dalam tupperware senang nak bawak jalan... siap dengan pelakun2 tambahan nya.... sampai nanti tinggal nak ngap je.... kalau sempat la bukak posa kat kampung. Insyaallah.

biskut raya untuk mak..... semperit, biskut bunga cina, tat nenas bunga dan biskut irish.... ni je yang sempat kak rose siapkan untuk bawa balik kali ni.... k, nak kemas beg dan bye bye...