Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 5, 2010

Salad udang seri pengantin

salam semua.... dah dekat nak abes puasa ni dah pening2 kepala nak masak apa kan.... hari2 dok pk benda yang sama.... buka petang ni dah tanya hb nak makan apa pulak esok!.... ewah2 macam lah pandai sangat nak sediakan semuanya.... tp preparation tu penting kan, so esok x yah nak serabut pk apa nak dimasak.... dan untuk ratah2 ari ni kak rose buat salad udang ni.... kenapa namanya begitu, jangan ditanya.... kak rose pun tak tahu. kena tanya yang empunya resepi dari majalah saji.... dulu tengok kat rumah ummi dan rumah hana jugak... kini giliran kak rose pulak nak merasa.... tima kasih pada puan berdua dan kak rose nak share resepinya kat sini ya. cnp dari rumah hana yang pagi raya kena tinggal dek somi yg pegi konperens.... cian dia!.... meh balik batu pahat. jahat kak rose kan! jalok ngapuro yo nduk....

Bahan-bahan
  • 10 ekor udang besar - celur sekejap.
  • 3 biji telor rebus - belah dua atau empat
  • 3 biji kentang - direbus dan dihiris - tak ltk (kak rose x letak)
  • 5 helai daun salad
  • 1 biji bawang besar - hiris jgn nipis sangat
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit garam (optional)
  • 5 sudu besar mayonis/secukupnya
  • Yellow mustard sauce - untuk drizzle - xde ganti cilisos

Cara Menyediakan

  1. Satukan semua bahan kecuali daun salad dan telor dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan udang, kentang dan bawang besar, gaul rata-rata.
  3. Susunkan daun dalam pinggan atau bekas sesuai dan letak bahan gaul tadi dan telor rebus di dalamnya..Susun ikut suka mata yea..hehe
  4. Drizzle dengan mayonis lg dan juga yellow mustard.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..pergghhhh!!!

6 comments:

zamziyana said...

Waaahhh...sedapnyer....sempena bulan mulia ni nak ucapkn selamat hari raya maaf zahir batin...buat open house jemput tau...lama xjumpe nih..:)

hana said...

huwaaaa akak mmg jahat! kikikikiki.... tunggu raya taun depan or taun depan lagi satu kiter jumpa akak er! nak ambong ambong kakakku yg ayu! kikikiki

Kak Rose said...

selamat hari raya jugak buat azie sekeluarga... open house? k nnti kak rose g tau ya. tungguuuu...

Kak Rose said...

hana, ala cianya... ambong2 dari jauh je la kan.... anyway selamat hari raya maaf kalau ada tersalah silap... ojo nanges yo botho2 di perantauan....

emi said...

salam kenal kak rose...

seronok lak bila jumpa blog set2 jowo nih... emi ni sejak duduk johor semula n kawen ngan org pt raja, baru la nak belajar2 cakap jawa semula... paham la apa org cakap... tp tang nak balas balik tu yg lemau sket... sitik2 boleh laa.... huhuhu...

jemput bertandang rumah saya yek...

Kak Rose said...

emi, salam kenal gak dan tq sudi singgah kat umah kak rose ni... mmg seronok dapat pot pet jawa sesekali ngan member2 maya nih...kak rose pt raja gak... seri paya, emi kat mana ek?