Bahan-bahan:
500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
GaramCara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4.
Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika.
Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. sayur pebret sepanjang masa.... mudah dimasak dan sedap dimakan.
2 comments:
Assalamualaikum kak Rose, lama tak makan brokoli semenjak kena sakit tiroid, kalau tidak inilah sayur kegemaran saya, tapi en suami beli juga utk nya dan anak². Boleh cuba resepi kak ros ni.
Waalaikumsalam yatie, o... kalau kna tiroid ni tak boleh makan sayur ni ya? harap yatie terus sihat lah hendaknya.
Post a Comment