Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 18, 2022

Daging bakar harimau menangis

ya, memang mau menangis bila makan daging ni.. sebabnya makan tak mau berenti pulaknya. sedap sangat lah tu kan. daging fresh dari kampung yang kami adik beradik buat korban masa raya aidil adha tempoh hari... resepinya kak rose copy dari majalah rasa...

Bahan2:

  • Daging secukupnya – bersihkan

Bahan perap:

  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 sudu teh lada hitam – tumbuk halus
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan gula perang 
  • Garam secukup rasa


1. Bersihan daging dan toskan airnya.

2. Masukkan bahan perapan ke dalam bekas daging dan lumur rata. Perap semalaman.

3. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar daging selama 30 minit atau hingga masak.

4. Bila masak, rehatkan daging seketika sebelum dihiris.

Cara kak rose: hiris nipis2 daging dan gaulkan dengan bahan perapan lebih kurang sejam jer dan bakar dalam pan saja. cepat dan mudah kerja!

sos pencicah ni kak rose guna thai cili sos, perahkan sebiji asam limau dan taburkan daun ketumbar.  bole tambahkan cili api untuk lebih rasa kalau nak rasa yang lebih pedas.
 

2 comments:

Fatimah Nabila said...

sedapnya! itulah daging korban ada ni, mcm2 resipi dok ada nak kena try, hihi..

Kak Rose said...

Fatimah Nabila, cuba lah buat..nak mudah ikut cara kak rose, yang penting sedappp!