kak rose memang tak tahan pedas, so memang kurangkan ciliapi dan tambahkan cili merah tu...
- Sedikit minyak masak
- 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
- 2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. (kak rose makan terus jer)
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
2 comments:
kesip lidah tengok lada, hihi
sedapnyaa nampak.. makan dengan nasi panas2.. nyummm
Post a Comment