Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 12, 2019

Cek mek molek

Asalamualaikum dan salam selasa..

 kesian kan keledek yang kak rose beli tapi terbiar jer kat dapo tu... seakan nak bercambah pulak dah jadinya... so sebelum berakar dan pokok panjang menjalar didapo, jom lah jadikan sesuatu yang boleh mengenyangkan.. memula tu nak buat kuih keria macam yang sedang viral tu, tapi bila pikir2 malas lah pulak nak menyira dengan gula merah tu... dan lagi satu, takut pulak tak menjadi siranya tu... so paling mudahnya buat jer cek mek ni...dah tentu sedap dengan gula yang cair dalamnya tu. sebelum pergi kuliah dan mengaji petang tu kak rose dah rebus dan lenyekkan siap2. balik petang tu tunggal nak gaulkan dengan tepung dan bentukkan.... dan inilah kejadiannya... selamat dinikmati dengan secawan nescafe o kosong dipetang2 hari..

meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

No comments: