Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 9, 2018

Bening betik sempoi...


bening betik yang sempoi yang sangat menyihatkan... dengan bahan yang sangat minima, jadilah sayur yang sedap dan menyihatkan ini. tapi kak rose makan meratah jer, tanpa nasik sebab sayur ni kak rose sorang jer yang makan... maka lagi lah menyihatkan kan..tapi kalau meratah pun sampai habis dua mangkuk ni agaknya masih kira menyihatkan tak??? aiayaaaa... lu pikir la sendiri! nak tengok resepi simple ni, jom... tq CMG kongsi resepinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam (kak rose tak bubuh, guna kiub jer)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh penuh lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat (x de stok lak...)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulitnya, buang biji dan belah pada beberapa bahagian. Kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis (toskan), kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan betik, daun kunyit dan lada hitam. Masak hingga betik lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja..

No comments: