Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 28, 2017

Pisang tanduk yang gumuks!

 Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya nak makan pisang tanduk ni... pernah beli dulu, tapi sehingga dua minggu pun tak masak lagi... kena tipu jer dengan tuan kedai tu, memang masa beli tu masih hijau kulitnya, tapi tuan kedai tu kata dua hari lagi nanti masak lah tu... tunggu punya tunggu hingga dua minggu masih hijau dan layu kecut dibuatnya. tapi kali ni sangat puas hati... sehari lepas beli tu dan masak ranum semuanya.... dapat pulak yang gumuks gumuks size pisang ni... 4 biji ni dekat tiga kilo beratnya!

 dua biji yang masak awal, meh la kita goreng kan... siap untuk minum petang dihari yang sejuk dek hujan seharian...

dan yang paling best, makan hangat2 cicah dengan sambal kicap jawa ni bersama secawan nescafe... dan musim hujan yang sejuk menambah kesedapan pisang tanduk goreng ni... sekejap jer kami tiga beranak mengadap, dah tinggal piring jer... dua biji lagi nak masak pengat pulak rasanya.