Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 27, 2015

Sayur kailan ikan masin

 Salam isnin dan selamat tengahari kawan2 semua... apa juadah hidangan tengah hari ini? kalau buntu nak masak sayur apa kata kita cuba sayur kailan ikan masin ni... mudah disediakan dan sedap pulak tu... apa lagi yang suka kan ikan masin macam kak rose ni...

resepinya kak rose kopi dari blog CMG yang sentiasa jadi rujukan masak2 kak rose, mekasih ya Mat dan mohon izin nak kongsikan kat sini lak... tapi kak rose guna ikan talang masin jer... tak suka kan ikan jeruk yg baunya seksi bak kata cik Mat. apa pun ikan masin tu pilihan memasing lah ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak sayur kailan
1 camca besar penuh isi ikan tenggiri masin yang dipotong kecil (kak rose guna ikan talang masin)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, hiris
2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Sos ikan secukup rasa (tak suka, gantikan dengan garam jer!)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci sayur kailan, kemudian rendam dalam air yang dicampur 1 camca besar garam selama 10 minit. Toskan, asingkan batang dan daunnya. Potong daun sayur kailan dan ketepikan. Batang sayur kailan diketuk2 sedikit dengan pisau, kemudian hiris. Ketepikan
  2. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Goreng ikan masin tenggiri hingga harum dan keemasan, guna api kecil. Tolak ke tepi kuali. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau rata dengan ikan masin tadi dan masak hingga bawang layu.
  3. Tambah sos tiram, kacau dan tuang air. Masukkan batang sayur kailan dan masak hingga empuk. Masukkan pula daunnya, besarkan api, kacau dan masak hingga lembut. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa. Gaul rata dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain...Selamat mencuba!!.