Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 3, 2015

Iftar #15 kubis goreng ala mamak

Asamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, juga salam ramadan ke 16. pagi ni kak rose nak kongsikan sayur berbuka petang semalam... kubis goreng ala mamak yang terkureng menyerlah warna kuningnya... kedekut sangat nak letak kunyit tu.... tak pe la kan janji abes disantap... resepi kak rose kopy dari sini, mekasih ya.

Sayur Kobis Goreng Ala Mamak
 
1/4 biji kobis ( di potong kecil-kecil )
1 biji karot saiz kecil ( dipotong )
1 pokok daun bawang ( dipotong 1 inci )
4-6 ekor udang ( jika udang besar potong udang kecil sedikit )
4 ulas bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih (di hiris )
sedikit daun kari ( jika suka )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukupnya.
Serbuk perasa ( jika suka )
Minyak untuk menumis secukupnya.
4 biji cili kering, potong2 - yg ni kak rose tambah

Cara penyediaan
1. Masukkan 2 sudu minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris tadi. juga masukkan cili kering yg dah dipotong2 tadi.
2. Masukkan udang dan serbuk kunyit. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan kobis dan karot. Masak hingga agak lembut.
4. Masukkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa masinnya…..
5. Last sekali masukkan daun bawang dan daun kari. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Sedia untuk di hidangkan.

 buah2an yang mesti ada.... buah pisang kaki dan kiwi...kawan2 ade petua tak camner nak simpan buah pisang kaki ni, biar tetap crunchy gitu. tiga hari kak rose simpan dalam tupperware dlm fridge dia dah jadi lembut... ya la sehari boleh amik satu jer, tp bli banyak2...x suka sangat bila dah lembut cam tu...tp yg lain masih ok jer... kiwi tu pun masih ok je.

 nak makan yang berkuah2... kak rose buat sup ayam bodo2...  masuk jer sayur apa yang ada dalam fridge... Alhamdullilah, sedap menghirup kuah + nasik.

 gigih buat serunding nak makan dengan pulut ni... buat banyak tapi yang tinggal untuk kami cuma ni 4 biji.... tu pun lepas tarawih baru abes makan!

Alhamdullilah. dengan rezkinya.... walaupun sangat simple tapi inilah rezki kami petang semalam.

No comments: