Bahan-bahannya:
4 biji pisang -Cm guna pisang abu. (kak rose guna pisang lemak manis, as suggested by my MIL)
1 ketul kecil gula melaka (agak-agak)
1/4 cawan gula pasir.
5 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan air.
Secubit kapur.
Cara-caranya:
- Kupas pisang dan dibelah dua.
- Rendam dengan air kapur sekejap dan toskan.
- Masak gula merah,gula pasir,daun pandan,bunga cengkih dengan 1/2 cawan air sehingga larut dan likat.
- Masukkan pisang dan masak sehingga air gula meresap kedalam pisang.
- Guna api yang pelahan untuk mengelakkan dari hangus.
since tuan tanah tak gemar nak makan sira pisang tu, maka jadilah sira keledek pulak... suka suki rebus keledek n buh gula n garam sket..... dah siap!
buah anggur untuk petang semalam...
lauk yang umph buat kak rose.... ade gulai lemak ciliapi daging dan kentang dan ikan gelama masin goreng memanglah sangat membuatkan makan nasi bertambah2..dan sejak puasa ni suka sangat nak makan kerabu simple2 cam ni.... kak rose sedakan kerisek tu awal2 dan simpan, bila nak terus jer gaulkan dengan kerabu tu cumanya tinggal nak perahkan asam limau jer... senang keja kan.
No comments:
Post a Comment