Asalamualaikum dan salam pagi selasa yang sejuk dan hujan .... semuga nnti akan ada sinar matahari menyinar menjelang tengahari dan x akan sejuk memanjang la kan... susah jugak nak panaskan enjin selepas bercuti panjang berhari raya.... apa lagi dengan cuaca yang sejuk2 begini. dah jemu makan cookies raya, mari kita makan kuih2 lama ni pulak. kuih lama yang telah diperbaharui dengan berbagai perisa... x pernah terpk pulak crackers ni boleh buat bingka. kemudahan intenet telah menemukan kak rose dengan sifu2 masak alam maya dengan berbagai2 resepi yg x pernah terfikir nak dicuba.... tp inilah hasilnya. terima kasih pada tuan punya resepi asal
kh267tm@myresipi.com.Bahan-bahan- 140g biskut cracker @ setengah peket
- 85g tepung gandum
- 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
- 3 biji telur
- 710ml santan @ susu cair
- 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
- 1sk pandan paste atau pewarna kuning
- garam secubit
- bijan sangai - jika suka
Cara-cara- Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
- Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
- Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
- Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
- Sejukkan dan potong.
**
kak rose ikut tuan asal resepi yg masak sekejap atas dapur dulu adunan baru masuk dalam oven
2 comments:
sedapnye bingka tu kak.Asyik dok mkn kuih raya je tukar mkn bingka lak so yummy.
kak rose dah cuba ye..saya dah lama betul salin resepi ni tapi tak buat2 lagi..heheeh
Post a Comment