Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 28, 2017

Makan2 hari minggu....

 kisah makan makan hari minggu yang lepas... sehari selepas buat majlis bacaan al-Khafi kat rumah, kali ni keluarga adik pulak datang ziarah rumah kak rose... sejak berpindah ke shah alam semula, ni la kali pertama derang berkesempatan datang nak ziarah... ya lah bila anak2 bersekolah dan adik kak rose tu asik terbang jer kerjanya, jadi memang tak berkesempatan nak ziarah lagi.... kebetulan semalam hari terakhir cuti sekolah, dan sebelum adik terbang ke bangkok pulak tu yang amik masa berziarah ke rumah kak rose...

 memang ajak derang ni datang time lunch, boleh borak2 dan makan2 sampai pengsan... walaupun menu simple jer yng kak rose sediakan... maklumlah sorang jer tukang masaknya... ada assistant tapi asik dok ngadap komputer jer kerjanya...

 bahan2 untuk siakap tiga rasa yang kak rose masak...

 dan satu setengah kilo daging masak lemok cili api yang tak pedas berposing dalam piok atas dapo lagi!.... daging tu en asben yang tolong potongkan...sementara kak rose tumbuk ciliapi dan kunyit tu... kerjasama kan... goreng ayam jugak, tapi tak dan nak amik gambo... memasing dah lapo katanya... buah2 watermelon dan jambu batu yang adik bawak sebagai dessert pun tak dan nak snap....

dan selepas makan2.... time untuk berkemas pulak...

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Rose...atie dtg menyinggah...
OOO dah kms pinggan mangkuk yer...hehe
Tp mmg best klu adik beradik mai umah jgk...masak ramai2...mkn reramai...atie suker!

PH said...

Sedap2 belaka lauk yang Kak Rose masak.