Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 16, 2017

Bubur candil bersagu

 dessert sempoi tapi sedap buat kak rose... yang penting nak buatnya mudah dan bahan pun sentiasa ada kat dapo kan... bila cepat siap dan cepatlah jugak dapat menikmatinya.... kalau nak makan sejuk2 pun lagi la sedap, tapi kena tunggu masuk dalam fridge dulu lah... tapi kalau dah tak menyabor tu... hangat2 pun sedap gak... punya lah pelahap kan! dah siap, bergambar berlatar belakangkan cookies tart nenas kerang home made yang dioder oleh kawan2... sapa2 yang nak merasa tu boleh ler nak ode dengan kak rose ya... tapi tak de delivery ya, semua self pick up jer.. maklumlah tak de derbar!

resepi bubur candil...

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.

5 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Kakrose dah ambil oder untuk raya ke..
Hendak juga rasa tart kerang tu..

AMIIZAA said...

salams kak rose
tergoda dengan tart shell
ada open order ka?

Kak Rose said...

Yati, ala buat sikit2 jer... klu nak rasa boleh jer kak rose buatkan...

Kak Rose said...

Amiizaa, nak oder? boleh jer...

Anonymous said...

nampak sedap.petang nanti nak cuba buatlah. blog saya http://cararesepi.blogspot.my/