Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 6, 2017

jom sarapan...

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua... dah bekpes apa pagi ni agaknya ya... jom join kak rose sarapan lempeng kelapa cicah dengan sambal tumis... lama sangat nak buat lempeng kelapa ni sejak en. asben belikan kelapa parut putih yang muda hingga sekilo, tapi  ada saja halangan kemalasan tu dalam diri... dah defrost kelapa, pas tu bakar roti pulak... sudahnya simpan semula kelapa dalam freezer... so kena buang jauh2 vitamin m tu, mari kita buat lempeng kelapa ni... dah akhirnya.... dapat jugak menikmatinya....

 
Bahan-bahan: 
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut muda
3/4 cawan air - jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut,  garam dan air.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan glis dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah, terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng masak.
6. Hidangkan bersama sambal tumis.

3 comments:

adda syuhada said...

fuhhh.. layan... arghhhhh

Kak Rose said...

dapat ni tak toleh kiri kanan dah!

Phong Hong said...

Sedap cicah dengan sambal. Entah berapa keping PH boleh perabis :D