Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 9, 2017

Serawa sagu nangka

 sagu dan nangka, dua kombinasi yang jadi pebret kak rose... tapi sekarang ni nak makan fresh nangka pun teragak2... takut hangin satu badan pulak nanti.... maklumlah badan nak pakai lama lagi kena lah jaga kan... so mana2 yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri cuba sebolehnya dielakkan... tapi kan bile terjumpa nangka ni serasa macam tak boleh nak elak dah... tak tahan nak makan yang fresh, kita buat kan dia serawa... kalau dah masak camni tak de lah nak hangin satu badan lagi... dan boleh lah menikmatinya bermangkuk2 dengan senang hati...

 resepi yang pernah kak rose cuba buat...

Bahan-bahan:
 
150gm sagu
Air secukupnya
1/2 cawan gula putih
1 sudu besar gula merah, dibancuh dengan sedikit air dan tapis
1 mangkuk santan kelapa
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:
1. Basuh dan toskan sagu.
2. Rebus air hingga agak mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang.

4. Tapis dan lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan dulu
5. Masakkan santan dan gula bersama daun pandan hingga mendidih. kacau selalu

6. Masukkan semula sagu tadi
5. Masukkan hirisan nangka. Kemudian masukkan bancuhan air gula merah. (kak rose omit gula merah tu)
6. Kacu sebati. Sila adjust kemanisan ikut selera anda. 


terima kasih kawan yang bagi nangka madu yang fresh, krup krap... tapi bila dah masuk dalam serawa tetap sedap walaupun kerangupannya dah hilang... sedap sangat!

3 comments:

PH said...

Oh...nangka one of my favret ni :)

Kak Rose said...

fav kak rose jugak... tapi bila makan boleh hangin satu badan tu yg tak menahan!

Sis Maz said...

Izin pinjam pic serawa sagu nangka kak..nak open order nega..