Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 27, 2017

Hari Jumaat dan Al-Khafi...

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua...cuti sekolah dah pun habis dan pastinya ibu2 yang punya anak bersekolah pasti sibuk semula... dan rutin setiap hari jumaat kak rose dengan bacaan Surah Al-Khafi...kali ini kak rose jadi tuan rumah untuk bacaan minggu ini dan menu yang mampu kak rose buat cuma lah lontong dengan sambal tumis dan muffin cokelat, air sejuk dan panas... seperiuk beso kuah lodeh kak rose buat, nasib baik cukup untuk semua...

 selalunya untuk bacaan Al-Khafi ni yang datang tidaklah ramai sangat, tapi kali ni sampai penuh rumah, bersesak2... mohon maaf lah ya kawan2 semua pada segala kekurangan.  Alhamdullilah, terima kasih atas kesudian kawan2 semua datang untuk majlis ini..

30 biji muffin cokelat yang sempat kak rose sediakan...

 antara kawan2 yang sudi hadir....

 selesai bacaan, masa untuk menikmati kuih2 yang dibawa oleh kawan2 semua.... penuh meja, tapi tuan rumah bz, tak dan nak amik gambo...

 macam2 kuih ado!

selepas selesai majlis... time untuk berkemas pulak.... sebahagian pinggan mangkuk yang tunggu masa nak masuk cupboard balik!

1 comment:

adda syuhada said...

bestnya bila berkumpul ramai2 cmni...