Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 3, 2017

Kuih lopis dihari jumaat

Asalamualaikum dan salam Jumaat buat semua kawan2.... pagi ni nak tepek kuih kak rose untuk pot luck majlis bacaan Al-Khafi kat rumah kawan pada jumaat lepas... kak rose buat cuma 3 cawan pulut jer... bawak buah tangan pun ala kadar jer... sebab setiap jemaah akan bawa juga buah tangan... memang meriah dengan kuih muih setiap kali habis mengaji tu... tu yang buat terkenang2 masa duduk kat penang dulu.... Alhamdulillah. Allah listen to my prayer supaya dapat balik ke Shah Alam untuk join majlis2 cenggini.... syukur sangat.

 ada baki kat rumah kak rose buat untuk minum petang aka dinner kami pulak.... buat beso2 gedabak, makan 2 potong pun kenyang sampai esok pagi... hihi

 masa mengaji tak de gambar... tapi masa makan bukan main lagi kan... nak tunjuk segala kuih yang kawan2 bawak... semuanya sedap2 belaka dan yang pasti jadi pilihan ialah yang home made, pada yang tak sempat nak buat, banyak pilihan kuih2 yang dijual digerai2 tepi jalan...dan mana2 yang tak termakan selalunya memang derang ni akan tapau bawak balik...tidak lah membazir kan.

 menu dari tuan rumah.... mee hoon soto yang sedap... tukang senduk kuah sedang sibuk beraksi!

lepas sudah semuanya... masa untuk berposing pulak.... ada2 jer mak mak nenek ni kan...

3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah Kak Rose..
Dapat kembali join majlis ilmu mcm ni..

Meriah sungguh kuih muihnya ..
Macam mkn 50 orang tu kak :)

Kak Rose said...

Alhamdulillah Yatie... mengaji sejam, tapi makan macam untuk sehari... hihi

Unknown said...

Hi may I know what is the brown sauce?

Thanks!