Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 14, 2017

Sambal tumis ikan bilis

 sambal tumis kesukaan en asben, sambal tumis ikan bilis tanpa goreng... since kak rose memang sangat allergic to ikan bilis, memang tidak lah nak makan sambal cenggini... apa lagi dengan ikan bilis yang tanpa goreng ni sangat lah such a no no untuk kak rose.... nak makan nasik lemak, rela buat sambal yang lain... untuk nak elakkan menggaru selepas makan tu lah nanti kan.... tak rela dan tak sanggup nak menghadapinya! tapi dah permintaan en asben nak sambal macam ni, tukang masak ni ikut jer la kan...meh tengok resepinya....

Bahan-bahan
 
1 cawan ikan bilis
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 kiub pati ikan bilis
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ikan bilis.
Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

3 comments:

HALAMANKU said...

laaa siannya kak rose alergi ikan bilis? kak sedapnya sambal ikan bilis akak tu.. mkn ngan nasi lemak atau lempeng kak.. addoooiiyai sodap kak rose.. meh erma tapau semangkuk tu.. nyum.. nyum..

adda syuhada said...

Sedap Kak Rose...tengok gambar ni rasa teringin nak buat jgk...

PH said...

Oh..Kak Rose allergic ikan bilis. PH suka ikan bilis especially buat sambal macam ni.