Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 7, 2017

Tart nenas kerang

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua... hari ni kak rose nak tepek cookies raya yang buat baru2 ni... tak raya pun boleh buat dan makan biskut raya kan... atas permintaan kawan  yang nak makan kak rose pun merajinkan diri membuatnya... dan bila sorang dah merasa... ada lagi kawan2 yang nak kan pulak... so dengan rajinnya kak rose buat, boleh la dapat duit poket sikit2 kan... terima kasih pada yang kongsikan resepi yang kak rose amik dari fb... semuga tuan punya resepi akan bertambah berlipat ganda rahmat dan rezekinya.. cumanya kena banyak2 bersabar kalau nak buat cookies ni sbb nak buatkan bentuk kerang tu satu2 memang amik masa... dan laaaaamaaaa untuk nak siapkan satu adunan ni.... sabo jer la ya.....

 resepinya...

Bahannya...

Bahan A
150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B
350 gram tepung gandum
(tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya

Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair

 
Caranya...
-Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja...kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya.
- Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah utk proses menekan doh.
- Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra.
- Ambil sedikit doh, masukkan dlm acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang..untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.

Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur...sedia untuk dibakar...170c selama 25-30 minit atau ikut oven masing2 ye...
Selamat mencuba...

5 comments:

Phong Hong said...

Wah Kak Rose dah start engine untuk kuih raya :) Sedap tart nenas ni.

Sitiamira Jantan said...

Salam Kak Rose, nak tanya acuan kerang tu beli kat mana? Cantik :)

Kak Rose said...

PH, buat untuk makan2... tambah lemak yang sedai banyak ni... hihi

Kak Rose said...

Sitiamira, ni kak rose beli masa kat Penang dulu, kat sini tak taulah, mungkin Bagus ada jual kot... tapi tak pasti.

norsadira said...

Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com