Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 10, 2016

Cek mek molek

cek mek molek yang sedap walaupun rupanya tidaklah begitu molek... tidak seindah namanya kuih ni bila dapat ke keras tangan kak rose... pas tu letak gula tak even, jadi bila goreng dia pecah dan gula meleleh, bertambah la cacatnya kyug cek mek molek ni... kak rose suka kulit yang nipis jer, tu kot sebabnya gula selalu bocor semasa menggoreng... apa pun memang sedap bila kuih ni lembut jer kejadiannya... tidak terlalu banyak tepung, masih terasa manis keledeknya tu...

Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. (yg ni selalu jer kak rose fail!)
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

2 comments:

adda syuhada said...

aii nie yg kecur ayak liur nie hee:) nmpk sedap!

Warisan Petani said...

Kuih ni kena sekali ngap aje masuk mulut.
Xboleh gigit sikit2.