Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 28, 2016

Sambal sadin sedap

 Sadin dah mahal! rm8.50 satu tin... apa kan daya kita rakyat marhaen, kena beli jugak la.. masak sambal dan makan dengan nasik panas2 berulamkan salad sempoi pun dah cukup lah... tak perlu lauk banyak2, kena berjimat ya dak.

meh masak sendiri sadin ni.... mekasih Ros kongsikan resepinya.

Bahan-bahannya

1 tin ( saiz sederhana) sardin - guna ayam brand
4 sudu besar bahan kisar ( 4 tangkai cili kering+bawang putih+bawang merah@bawang besar)
sedikit air
1 keping asam gelugor
secubit garam
1 biji tomato dibelah 4 atau enam bahagian
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
1 biji cili padi dihiris halus
sebiji kentang, potong baji dan goreng dulu - kak rose tambah
(sedikit halia - yg ni kak rose tambah)

cara-caranya

1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya, kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar, kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan sambalnye nanti.
3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit permukaanye angkat dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga sedikit air, biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin yang digoreng tadi bersama asam gelugor, hirisan cili padi, hirisan tomato, kentang dan hirisan bawang besar kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
5. Setelah bawang dan tomato layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

2 comments:

Phong Hong said...

PH sebenarnya tak berapa minta dengan sadin tapi kalau masak dengan sambal gini, ok kot. Mesti sedap.

Kak Rose said...

Sama la kita... tapi sesekali tu nak rasa jugak!