Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 6, 2016

Bila teringin bubur nasi....

 tu la... bila teringin nak makan, buat jugak la walaupun tak leh nak makan kacang dan ikan bilis tu... en asben memang tak nak kacang, tapi ikan bilis nak banyak2 pulak... yang kak rose semua nak makan tapi tersangat allergic to those two... jadi kena redho makan bubur tanpanya... dan punya la nasib tak baik, bawang goreng dalam tupperware jatuh berterabur dilantai masa nak serve tu... sudahnya togel jugak la bubur kak rose ni...

bubur nasi yang selalu kak rose buat... dan sangat sedap ditekak kami berdua..

Bahan-bahan


  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

2 comments:

Warisan Petani said...

Sesekali makan bubur nasik ni memang sedap.
Xpayah tunggu demam.
Tapi makan bubur ni cepat lapo semula terutama kalau kerja berat.

Puan Wawa said...

bestnyee..")