Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 4, 2016

Cucur cendawan

 Asalamualaikum dan salam selasa buat kawan2 semua.... cuti weekend yang panjang buat kaki pun panjang jugak langkahnya... tapi semuanya tak plan punya jalan, dapatlah jugak jumpa anak yang nak belajar duduk sendiri di KL, blikan serba sedikit barang keperluan untuk rumah kami yang sekangkang kera tu... beli yang basic jer pun dah berlubang poket mama dan ayahnya ni... huhu dan petang semalam balik dah semula.... memang penat bila berjalan jauh ni, apa lagi kalau kena ngadap jem sbb ade accident kan... berjanggut di highway tu rasanya. anak punya pasal, mama dan ayah sanggup jer kan!

cucur cendawan ni kak rose buat sebelum g ke kl  tu, beli cendawan tapi tak rajin nak masak pulak... daripada terbiar jer moh le jadikan something untuk minum petang kan.... resepi, tanya cik google jer... dan jumpa resepi cucur cendawan ni kat blog AlongRoz, mekasih ya, kak rose mohon izin nak kongsikan kat sini...

BAHAN2:
 
2 cawan Tepung Gandum
Cendawan Tiram - koyak2an
1 bj Cili Merah*
1 bj Bwg Besar (*hiris)
1/2 st Serbuk Kunyit
6 ekor udang besar ( cincang kasar)- kak rose tambah
Sedikit daun sup  
Garam
Air secukupnya

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan dgn air secukup nya - agak2 supaya tidak terlalu pekat/cair.
2. Panaskan minyak yg banyak & sudukan adunan kedlm minyak.
Goreng & balik2kan selalu sehingga masak.
Angkat & toskan di atas kertas tisu, di dalam mangkuk.
3. Hidangkan dgn sos cili.