Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 27, 2016

Kek pisang simple

 buat kek pisang simple ni untuk anak2 kawan yang main kat taman masa petang2 hari...1st kak rose buat satu loyang, tak cukup pulak sebab ramai kan... so gigih la kak rose g ke rope walk beli pisang emas untuk nak buat kek ni lagi... dan bila petang tu bawak keluar dua loyang sekali, berebut2 la depa ni makan...siapkan dengan air teh o dan satu bekas beso keropok yang freshly goreng. lagi la happy derang makan sampai puas... mak mak pun jon sekali makan sambil gebang2 petang...kak rose lagi happy sebab budak2 dan mak2 budak ni makan sampai habis. Alhamdulillah, kongsi2 rezeki.

resepi kek pisang simple ni..

Bahan2

1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor (kak rose guna 2 biji je gred A)
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam

cara:

Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam....

 makan lah puas anak2... nanti tahun depan mama rose tak dapat nak buat lagi macam ni!

1 comment:

Phong Hong said...

Saya suka kek pisang!