Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 11, 2016

Pengat pisang bersagu

 Pengat pisang sedap lemak manis pekat kaw kaw untuk menambah lemak dibadan... dah la sepanjang minggu lepas cuma dapat sekali jer pergi ber brisk walk dek kerana hujan disetiap pagi.... dan bila hujan dan sejuk jer, perut pun mula lah asik mintak diisi... dan  dan mula lah terpikir macam2 nak makan... satunya pengat pisang yang sedap ni.. tak sempat nak tunggu sejuk dah kena ngap...

resepinya... sebagai panduan untuk nak memcuba buat pengat ni, meh kak rose kongsikan resepinya kat sini... tapi camner pun kita buat la ikut selera tekak sendiri dan resepi ni sebagai panduan ya..

Bahan-Bahannya :- (untuk 2 atau 3org makan)

3-4 biji pisang (dipotong-potong)
4 sudu besar sagu biji (direndam sekejap dengan air)
500ml santan
1/2 ketul gula melaka (dipotong kecil supaya senang larut)
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara Membuatnya :-
  • Dalam satu periuk, masukkan santan, gula, gula melaka dan daun pandan. Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga mendidih.
  • Biji sagu yang direndam, dicuci dan toskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk. Kacau selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih).
  • Akhir sekali masukkan pisang. Kacau seketika hingga pisang masak. Padamkan api dan hidangkan.

2 comments:

Warisan Petani said...

Petang2 cengini kalau dapat pengat memang sedap.

Kak Rose said...

betul tu en Warisan Petani... tambah ada pulak teh o panas2 kan..