Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 25, 2016

Spaghetti n meatballs

 Dah makan meatballs dengan fries n dayang2 pengiringnya, kali ni gandingkan pulak dengan spaghetti... makan hangat2 memang sangat umph lah... memang sangat mengenyangkan... dan kalau buat sendiri ni, memang nak menambah2 jer waktu makan tu. aci tak? sendiri buat dan ikut tekak kita, jadi jangan salahkan resepi kalau kita asik nak menambah!

 mudah jer nak sediakan ni..

goreng meatball secukupnya,
rebus spaghetti ikut arahan pada packet
dan sediakan gravy..
kak rose kongsikan resepi gravy yang sedap ni ya... mekasih Nina kongsikan resepinya ya.

  Sauce Gravy 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging



Cara penyediannya

1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 



Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

1 comment:

Phong Hong said...

Memang sedap spaghetti n meatballs. Saya kalau masak ni, buat lebih untuk ngap depan TV. Nak try resipi Kak Rose because ala local - ada sos tiram dan kicap manis. Pasti best!