Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 1, 2015

Iftar #13 Jejari keledek rangup

 Asalamualaikum dan salam satu Julai bersamaan 14 ramadan.... dah hampir separuh jalan kita berpuasa.... rasa baru jer stat puasa dan kini dah sampai dipertengahan jalan.... dan tukang masak dah pening kepala nak masak apa untuk juadah berbuka...

petang semalam kak rose buat jejari keledek rangup ni, siaz perut dah mengempis, buat sebiji cam ni pun tak terabes makan... goreng karipap yang cuma empat biji pun masih berbaki dua biji... nasib baik buah sentiasa abes.... resepi keledek tu kak rose kopy dari sini. mekasih ya..

SWEET POTATO FINGERs
1 keledek oren yang besar
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 sudu minyak
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
air untuk bancuh tepung
Minyak untuk goreng.

1. Kupas keledek & potong fingers.
2. Bancuh tepung beras,tepung gandum,garam,gula & air..Bila dah sebati + 2 sudu minyak supaya rangup.
3. Gaulkan keledek yang dah potong jejari dalam tepung.Pastu goreng dalam minyak yang banyak sampai garing...
4. Dah garing..angkat la & jangan lupa alas bekas dengan kitchen towel untuk serap minyak..

 sebiji buah pisang kaki dan a bunch of grapes... yg ni boleh abes makan, lepas tarawih boleh sambung mengunyah....

 kesian karipap yang empat biji ni.... berbaki dua biji cik tong yang makan...

 buat kerabu daun selom n tauge untuk makan dengan nasi goreng kampung.... serupa macam nasi kerabu pulak, tapi yang ni abes disantap. Alhamdullilah.

nasi yang berbaki dari petang sebelumnya, kak rose buatlah nasi goreng kampung dengan kangkung yang masih ada belen... jadilah untuk juadah berbuka kami petangs semalam...

1 comment:

KakSuey said...

keledek goreng yg sedap. lama tak makan.