Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 15, 2015

Wantan goreng

 teringin nak makan wantan goreng punya pasal sanggup lah mengelepet sampan senget2 ni.... keras tangan kak rose ni memang tak berseni, cam ni lah kejadian wantan ni... nak pujuk hati sendiri, apalah ada pada rupa, yang penting dapat sediakan sendiri dan pasti terjamin kebersihannya.... dan yang paling suker.... sedap n ragup kulit dia!

 walaupun semua sampan senget benget, tapi bila dah goreng laju jer masok molot cicah dengan home made sos ni... kalau nak belajar camner nak lipat sampan ni boleh tengok kat sini cara2 dia... dan terima kasih kongsikan resepi dengan tuturial sekali ya Lina. kak rose mohon copy resepinya ya...

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 1/2 tsp lada sulah - kak rose letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat
  • 1 cwn kobis sagat
  • garam secukup rasa
Cara2
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodap tengok tu kakrose..
Walaupun sampan senget .. janji perut kenyang kan kakrose :)