Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 3, 2015

Kuih bakar keledek oren

 menu minum petang kami bulan lepas.... eh, baru tiga dua hari lepas la.... kuih bakar keledek yang lemak manis.... sedap disantap sambil melayan hari mendung nak hujan petang tu... resepi ni untuk keluarga yang besar, so kak rose cuma buat separuh dari adunan tu... meh tengok resepinya, dari blog Yatie Sinar Kehidupanku. mekasih ya.

KUIH BAKAR KELEDEK OREN
Sumber : Yatiememories

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)

CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...

Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.


Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

*** kak rose kacau dulu adunan atas api hingga sedikit pekat baru masuk dalam loyang, kurang sikit masa membakar....
  

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

rajinnya membakar kakrose ni, kalau dpt amik seketoiii kan ke baguih

ziana eunos said...

nampak sedap ^_^