Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 21, 2015

Popia inti jejari ketam

 Buat popia dengan inti jejari ketam yang dok betapa dalam freezer.... mula tu nak isikan dengan udang tapi punyalah malas nak kopek udang tu, so jalan paling senang dah tentunya dah sedia ready jejari ketam ni... belah memanjang dan sagatkan sedikit carrot n sedikit tauge... tumiskan, buh sedikit pati ikan bilis dan toskan sekejap.  dan bungkus lah dengan kulit popia tu...

 dah siap goreng, makan hangat2 dengan home made cili sos yang sedap ni... laju jer jalan, tak sedar dah habis....

buat banyak dan frozenkan... bila datang vitamin m, ada dah menu untuk penyelamat.... tinggal nak goreng jer kan dan sos pun memang dah ready, apa lagi bertambah2 lah vitamin m nak menepek!

12 comments:

intandayani said...

Lamanya tak makan popia...rindu popia mak

Nooriah Abdullah said...

yg simple macam ni mmg laju je habis ni kakrose, popia ada ketam ellek, kena beli ketam dulu lah ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya ada kulit popia vietnam, buat inti mcm ni best jugakkan...

Kak Rose said...

Kalau dah rindu tu maknanya kena buat la....or kedai pun banyak.

Kak Rose said...

Noor, belasah je apa yg ada.... pun laju je krup krap menyicah.

Kak Rose said...

SK, kalau kulit popia vietnam tu cantik kalau guna bahan yg fresh, kaler2 gitu.

sue sue said...

sedap & mudah!


Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

Izzati Amira said...

yeahh. kat rumah pun mcm ni jugak. tak payah susah2 nk cari inti utk popia.. isi ketam je punn da okay utk breakfast pagi (:

Gee® said...

Bak nak ckit... terlior!

Kak Rose said...

sue sue, tq datang sini dan dah singgah kat blogmummyrifqiy.

Kak Rose said...

Izzati, kita yg buat dia kan... suka suki la nak bubuh apa pun kan...mudah kerja!

Kak Rose said...

Gee, yg frozen ada banyak lagi... entah bila pulak nak menggorengnya!