Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 1, 2015

Kuih seri muka

 Asalamualaikum dan salam 1 Mei, selamat bercuti buat yang berkerja dan yang tak kerja tapi kerja tak pernah habes ni pun nak jugak bercuti kan... sempena hari cuti ni kak rose nak kongsikan kuih seri muka yang dah tinggal gambaq jer ni...  walaupun tak ramai dalam rumah ni, tapi makan kena jugak sediakan... so buat lah untuk cukup kami berdua saja.... so pandai2 nak adjust resepi jadikan setengah or sepertiga adunan.... kena guna calculator u!

 resepi yang kak rose guna ni memang untuk loyang beso, jadi untuk kami, kak rose kurangkan jadi onethird adunan... tu yang kena guna calculator tu... he he he. resepi dari Yatie yang memang expert dalam membuat kuih2 talam... cantik2 semuanya... kak rose kongsikan kat sini lak ya...

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas..
Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

1 comment:

sukasukimylife said...

Thank you untuk resepi ni kak :) Jemput visit blog saya jugak ye kak :)
http://naziramiswan.blogspot.com