Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 1, 2015

DIY air selusuh



Mudahnya buat sendiri air selusuh cara Ustaz Don.

Salam Jumaat yang mulia dengan harapan kawan2 semua dalam lindungan Allah jua hendaknya.... sambil kita sambut hari pekerja meh kak rose nak kongsikan DIY air selusuh yang kak rose amik dari sini.... mekasih kongsikan cara2 nak buat sendiri air selusuh ni... semuga dengan perkongsian ini akan dapat membantu kawan2 yang memerlukannya, Insya Allah...

Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:


1. Langkah Pertama



Surah Al-Fatihah (1X)



2. Langkah Kedua



Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24



Terjemahan Ayat 21:



Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. 





Terjemahan Ayat 22:



Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Terjemahan Ayat 23:



Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.




Terjemahan Ayat 24:



Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



3. Langkah Ketiga



Selawat Syifa'

Selawat Syifa



4. Langkah Keempat



Doa Selusuh



Terjemahannya:



" Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.



5. Langkah Kelima



Terjemahannya:



"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa



Mengikut cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18 Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat air selusuh sebenarnya.



Ustaz Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja pada perut beliau sebelum bersalin.



Alhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat dan di permudahkan proses kelahirannya nanti.


Berdebar tak menanti kehadiran bayi? Persiapan semua dah lengkap?

No comments: