dan kali ni buat untuk makan sendiri jer.... tak de lagi kuih hari Jumaat kak rose... resepinya
Bahan-bahan
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dikisar)
- 1 st air kapur (kak rose x letak)
- 1/2 st garam
- beberapa titik pewarna hijau
- kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
- *** air gula ***
- 3 ketul gula melaka
- 5 sb gula
- 3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
4 comments:
Salam Kak Rose..sedapnya kuih lopis!!
dah lama tak makan kuih lopis..amik resepi la kot rajin satu hari nanti
atie, kuih sempoi2 cam ni yang sedapnya.
Mar Mansor, silakan mencuba nanti ya.
Post a Comment