Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 28, 2012

Talam tokyo

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia....lama rasanya x tepek pasal masak2 kat sini kan. entah apa yang dibz kan. tp sepanjang minggu lepas mmg rasa hetic sangat sampai rumah maya ni terbiar bersawang. hetic dengan segala yang manis dah pahit... yang manis biar jadi sweet memory di hujung2 tahun dan incident yang pahit tu biarlah kami jadikan pengajaran.... wish yang baik2 jer untuk hari2 yang mendatang kan...

nak citer pasal talam tokyo ni, kenapa dan dari mana dapat nama kuih talam ni kak rose x tahu... ada makan kat kenduri ari tu, rasa ok tp sagu biji tu masih putih berbiji2, tu yang rajinkan diri nak jugak mencuba. dan Alhamdullilah jadi dengan elok dan sagu pun masak jernih n cantik. cantik lah pada mata kak rose yg amatur sangat ni. perasan.  nak gak puji diri sendiri tu!

resepinya kak rose amik dari blog Maz Ilham Dapur, tp x lah secantik tuan punya resepi tu. asalkan sedap dan masak elok tu pun dah cukup cantik lah pada kak rose ni. izinkan kak rose kongsikan kat sini pulak ya......

Talam Tokyo 
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu (kak rose x de, so x letak)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan 

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

7 comments:

JaSSNaNi said...

ooooooooo based dia guna sagu ye kak rose... tadi ingatkan mula2 masa tengok tajuk tu, ingat guna beras jepun.. tu kot nama tokyo... rupa-rupanya based guna sagu.. mmg cantek based dia tu.. nampak jernih je..

faa.rosli said...

mcm sedap je..lain dari yg lain..nyumnyum

Leen her said...

bestnya..masa makan mesti berangan2 mcm kat tokyo hehe..

sis follow me back plz

herdiaryoflife.blogspot.com

tq

hana said...

salam mbakyuuu.... kabare??? kat skola kalau jamuan mesti ada kuih nih... bukan kita tukang buat tp tukang order ajer.. jadi la kan numpang glemer.. kekekekeke

nor laila said...

as salam singgah sini

suri solehah said...

sedap nampak kak..;-)

inahar ali said...

salam kak rose..dh lama simpan resipi nih tp tak terbuat2..aduii..nampak kakrose punyer..cun banget!