Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 11, 2012

kuih kaswi nyonya


salam dan selamat pagi semua. pagi hari kak rose buat entry menu minum petang semalam.... buat separuh adunan je, tp pagi ni ada baki lagi, boleh lah nak cemil2 sambil ngadap menda ni. tp pada kak rose la, kuih kaswi yang biasa tu lebih memikat selera jawa ni. kaswi nyonya rasa sedikit muak sbb ada penggunaan santan dalam adunan ni kot atau tekak kak rose jer yg rasa cam tu. entahlah, masing2 punya selera kan, tp kalau x cuba kita x kan tahu. ya tak? mekasih pada Yatie yg sharekan resepi ni dan kak rose mohon nak kongsikan kat sini lak ya...


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inci. ) 
Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam
  •  3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 1 1/2 cawan tepung beras (cap gajah)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  •  1/2 cawan tepung jagung
  • 800ml santan (400ml santan kara + 400ml air)
  • 2 sudu besar air kapur 
Cara-cara

  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.

7 comments:

Norzie hany said...

Sedapnya kak Rose...kuih fav saya ni,kelapa tu saya suka lebih2.

Torviewtoronto said...

looks wonderful reminds me of a sweet we make

Yatie said...

selera masing2kan..tapi mak Yatie suka yg mcm ni pulak..dia siap ckp lemaklah kaswi Yatie buat...agaknya dulu mmng guna tpng gandum dngn tpng ubi je...resepi ni kan guna tpng beras dan santan..tu yg dia rasa kelainannya tu...btw tq sudi mencuba....

Amie said...

Selalu jumpa resepi kaswi je... tapi yang ni ada nyonyanya pula... mesti sedap nih!

mama_saly said...

bestnya kuih kaswi ni..nnti nk try lah..

follow sini..:)

faa.rosli said...

lama xmakan kuih kaswi..selalu mkn nenek yg buatkan...rindunyaaa

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..emmm tgk pada bahan2nya, mesti struktur kuih ni kenyal2 kan...oh sedapnyaaaaa.....