Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 6, 2012

Kuih bakar keledek oren

 petang semalam punya hidangan minum petang.... so dah abes la ya.. resepinya kak rose kopi dari dapur Yatie mekasih share dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini pulak...

KUIH BAKAR KELEDEK OREN
Sumber : Yatiememories

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)



CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan... (kak rose guna mufin pan jer)

Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.   

7 comments:

Amie said...

Comel-comel kuih bakar keledek oren dia..... nak tapau 3 ketul ye...

Kak Rose said...

Amie, guna muffin pan, kecik2 cepat masaknya dan cepatlah dapat ngapnya jugak!

adda syuhada said...

sedapnya...

azieazah said...

Saya kurang gemar keledek. Agaknya masa kecik dulu dah jenoh makan kot...

Wak Gelas™ said...

wak pon sukak keledek jugakk.. HHkks

asmah yusof said...

Salam kak rose...
bakar gn muffin pan yea kak rose...nk try la...slalu gn pan bsr lambat sgt..hehe..

Kapsul Kulit Manggis said...

Wiih Euanaak...