Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 26, 2021

Iftar #13 nasi arab chef Ammar

 Alhamdulillah dengan rezeki berbuka petang semalam...

akhirnya dapat jugak merasa nasi arab dari chef Ammar ni.. nasi mandhy lamb shank, tapi memang kena baaaaaanyak bersabar bila nak beli ni berbaris panjannnnnnng nak masuk stadium tu. kalau tak sabar memang tak dapat lah merasa...
yang ni pulak nasi mandi dengan ayam... boleh lah nak merasa tapi verdict nya kak rose rasa so so jer ... rasanya lebih suka yang makan kat Hadramawt dan Restaurant Rawsha tu.. tapi itu kak rose la, lain orang lain citarasa kan...dan mungkin jugak kalau kat restoran tu kan kita makan panas2 kat situ, tapi yang ni tapau dan panaskan kat rumah... mungkin berbeza suasana kan... 
 
tq anak mama tukang baris dan tapau nasi arab..sempat lagi nak berselpie dengan chef Ammar tu... nak tunjuk bukti kat mama lepas baris panjang tu, katanya! nampak tak belakang tu... paaaaaanjang lagi q kan...
 

lepas dah dapat nasi arab dari stadium tu, terus g pulak kat subway di giant seksyen 13 tu... yang ni untuk bukak puasa kononya... tapi bila dah makan buah dan jelly tu memang tak larat dah... takut nanti tak termakan nasi arab tu pulak. so sudahnya simpan dalam fridge, panaskan dan buat juadah sahur pagi tadi..
buah jambu dan asam serbuk... leka makan buah ni, Alhamdulillah habis sebiji jambu ni
agar2 santan gula melaka tanpa telor yang tak jadi layernya... kat mana silapnya pun tak tahu lah. dah ikut betul2 resepi dan petua dari lina PG, tapi macam ni je jadinya... sedih taw! tengok yang lina buat tu sangat lah menggoda jiwa dan raga... kena cuba lagi nih!
 

Sunday, April 25, 2021

Zikir ringkas bulan Ramadhan

 Jom amalkan... zikir ringkas sepanjang Ramadhan






 Insya Allah..

 

Iftar #12 mee udang lagi

menu berulang ulang dan juga menu leftover... kuah mee udang yang memang banyak berbaki kita menafaatkan lah untuk berbuka petang semalam... cuma tambahkan udang dan fish ball dalam tu dah ready kuahnya dan sediakan spaghetti dan segala dayang2nya. dah siap! tapi tu lah bila berbuka dengan menu yang heavy macam ni memang yang lain tu macam tak terlayan lah gamaknya!
buah lai crunchy dan murcott orange yang sangat manis ni tetap lah habis..
popia goreng beli masa beli grocery.. masa puasa memang lah nampak sedap semuanya... so beli lah 3 gulung ni... not to my liking lah. kiranya membazir jugak lah bila en asben pun makan sepotong jer..
beli jugak popia basah ni... lagi lah sangat tak sedapnya... agaknya tukang buat ni tak rasa langsung ker jualannya ker camner ek? ke tekak kak rose jer yang banyak songeh? entah lah... kalau rajin buat lah sendiri baru dapat apa yang kita nak kan. sorry lah. lesson learnt, jangan membeli kalau tak nak makan!
goreng sayur baby kailan campur dengan kubis untuk lauk makan nasik, en asben kata nak jugak makan nasik walaupun dah ada mee udang tu. so kak rose cuma reheat lauk leftover gulai telor, ayam kicap dan udang goreng rangup, tapi sudahnya nasik pun tak termakan sbb dah kenyang dengan mee tadi tu..
 

Saturday, April 24, 2021

Iftar #11 tepung pelita

 Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 12 hari ini...

semalam merajinkan diri buat tepung pelita  untuk menu berbuka..dan menu yang lain dah tak rajin nak memasak sebab tinggal kami berdua jer.. so tapau jer lah yang paling mudahnya kan..en asben tapau roti john untuk berbuka tu dan setengah ekor ayam percik. Ayam tu kami meratah jer sbb memang dah tak larat nak makan nasik..yang betulnya memang tak masak nasi pun petang semalam tu. simple sangat menu berbuka kami semalam kan.. tapi buah tetap ada lah walaupun cuma betik dan apple merah. Alhamdulillah kenyang dah... sahur kami cuma makan toast dan nescafe je, yang ni memang menu setiap hari lah..
jom kak rose kongsikan resepi nak buat tepung pelita ni... buat satu adunan ni dapat lah 22 bekas kecik2 ni dan most of it kak rose tapaukan untuk anak bawak balik kerumah inlaw dia sebagai buah tangan.. harap2 derang suka lah dengan kuih ni...resepinya... 

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

 

Friday, April 23, 2021

Iftar #10 Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa dihari ke 11 hari ini..

bila dah tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka, kodek lah fridge ajaib yang banyak menyimpan segala khazanah tu... stok memang banyak lah semasa bulan puasa ni sebab buat marketing pun cuma seminggu sekali, so kena lah sentiasa ada bahan yg nak dimasak.. ada mince meat ni so kita jadikan inti kuih cara ni.. buat pun separuh adunan jer batternya, cukuplah untuk kami anak beranak berbuka... Alhamdulillah tak de letfover.
buah untuk petang semalam, tembilai merah dan orange jer.
udang kertas salut tepung bistari goreng rangup krup krap dengan daun kari. walaupun kecik2 cenggini, tapi ni lah pebret kami anak beranak... udang rakyat marhaen cam ni lah kan, sedap untuk meratah, tapi camner pun masih jugak ada berbaki..oh lah fridge... bertambah susunan tipuware berisi leftover!
daging goreng kunyit yang sempoi tapi sedap lah... tapi kok lauknya semua kering tak berkuah. en asben pulaknya kalau makan mesti nak yang ade berkuah gitu.. sudahnya daging kunyit ni pun ada berbaki jugak! dah sikit jer pun masaknya, tapi tetap jugak tak boleh nak abeskan.
maka jadilah sayur masak lemak ni, since baby pak nai ni ada baki lagi, so kita buat dia masak lemak campur dengan udang dan carrot. Alhamdulillah habis sayur ni
dan en asben balik kerja beli tuna  dan sardin sandwich 2 set each... memang tak termakan lah masa berbuka...so simpan dalam fridge dan jadilah menu bersahur kami tadi . Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah dibulan mulia ini..
 

Thursday, April 22, 2021

Iftar #9 sup daging

 Alhamdulillah dengan rezeki Allah untuk menu berbuka semalam...

sup daging sempoi...masuk semua dalam pc, tet tetttt... siap dah. tq noxxa memudahkan kerja tukang masak ni.
fillet ayam goreng bercili kicap... buat sekeping dada pun tak leh habis, sampai bersahur sianak makan lauk ni juga, masih berbaki separuh lagi... tolong!!! fridge dah menjerit coz full of leftover..
sayur peris goreng dengan udang ni memang pebret en asben lah.. nasih baik habis at one go, tapi memang buat pun dengan separuh buah peria tu jer..
yang ni memang sentiasa habis lah... buah mangga susu dan betik
kuih lopez de squera ni pun atas permintaan en asben yang nak berbuka dengan kuih yang mansi2.. buat sikit pun ade berbaki lagi pulut tu, nasib baik belum salut semua dengan kelapa tu.. jadi left over lagi... agaknya etang nanti boleh panaskan pulut tu dan makan dengan serunding ikan pun ok gak kan, tak lah membazir... tapinya... only time will tell, jadi ke idok!
 

Wednesday, April 21, 2021

Iftar #8 Roti jala kuah kari

 Alhamdulillah...semuga terus sihat untuk menjalani bulan Ramadhan dan ibadah2nya...

lauk dua dalam satu.. selain untuk roti jala kari ayam ni jugak lah untuk lauk makan nasik. mudah kerja tukang masak kan..
en asben suka sangat beli  ikan jenahak ni.. walaupun harga kayangan tapi isinya sedap katanya. minggu ni beli harga dah naik 5 ringgit lagi compare to last week punya cuma 25.90/kg, minggu ni dah jadi 30.90/kg pulaknya... ini pun harga kalau beli seekor lah, kalau yang cut tu lagi lah tinggi harganya!
since ada baki ikan goreng, kak rose masukkan dalam kerabu mangga ni... so kerabu mangga dengan ikan goreng lah jadinya.
sayur baby nai pak/baby sawi putih goreng dengan carrot. buat pun seciput jer sebab cuma dua molot jer yang makan ni dan cukuplah untuk sekali makan... sahur memang kami tak amik nasi.
buah mangga susu dan tembikai merah untuk iftar petang semalam... Alhamdulillah dengan rezeki yang allah kurniakan. juga kesihatan yang baik untuk terus mengamalkan ibadah dimalam2 bulan ramadhan ni.