ni orang yg baru first time dapat buat pasport sendiri.... tp mama kena jugak pergi temankan.... x sabar nak tunggu, balik rumah dah sakit kepala!
Lanai Kijang
Thursday, January 19, 2012
Imigresen, Immigration?
ni orang yg baru first time dapat buat pasport sendiri.... tp mama kena jugak pergi temankan.... x sabar nak tunggu, balik rumah dah sakit kepala!
Wednesday, January 18, 2012
Ayam mentega rangup
AYAM MENTEGA RANGUP
Resipi : Diana@MelleyMay
Sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix (kak rose ada megi je!)
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.
Tuesday, January 17, 2012
Kek gula hangus
meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Mas ni ya.... terima kasih Mas dan Anim yang mula sharekan resepi ni.... dan ramai juga yg telah mencuba. mekasih semua promotkan kesedapan kek ni.
Monday, January 16, 2012
Karipap - resepi tun telani
sejak tau buat karipap dengan roti tu rasanya lama dah x buat karipap yg guna tepung ni.... sbb nya ialah sangat malas.... tp bila sekarang ni anak cuti semester dan ade kat rumah kenalah mama ni jadi rajin sket, sediakan banyak2 kudapan. macam karipap ni buat satu adunan goreng sikit dan selebihnya buat frozen, bila2 nak makan tinggal goreng jer. senang keja kan...
dulu penah buat menggunakan resepi tun telani ni.... dan kerangupan kulitnya membuat kita nak buat lagi dan lagi menggunakan resepi ni... mekasih ya tun kongsikan resepi ni berserta inti sadin dan kentang tu.... memang anak suka, bapak anak suka, mak anak laaaagi suka!
- 4 cawan tepung
- 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
- 1/2 cawan minyak (panaskan)
- 3/4 cawan air
- 1/2 sudu kecil garam
- Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
- 2 biji kentang besar- dadu
- 1 labu bawang besar- dadu
- 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
- 1/2 inci halia- ketuk
- 2 sudu besar cili giling
- garam/gula secukup rasa
- 1 biji limau nipis (x de - kak rose ganti ngan asam keping)
Cara-cara
- Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (kak rose simpan kejap dalam fridgedalam 1/2 jam gitu baru guna)
- Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
- masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
- masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
- masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
- bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
- bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.
Tak pernah jemu
nasi impit dan sambal tumis.... since x krose ni x reti makan belacan jd sambal ni kak rose taruk udang kering yg diblend kering banyak2..... hubby kata, belacan x makan tp udang kering tu bukan ke belacan? huh????Saturday, January 14, 2012
Chocolate chips brioches
Friday, January 13, 2012
Potato salad
Bahan-bahanya
3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
1/3 batang carrot
1/2 batang timun
1/4 biji bawang besar
3 sudu besar mayonis
sedikit garam
1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)
1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.
- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba. (kak rose x buat yg ni...)