Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 14, 2012

Chocolate chips brioches

nak tau apo ko bondo brioches tu ...... sila la g melawat rumah izah ya... mekasih ya Izah sbb share kan resepi siap dengan explanation dari wiki lagi!

Salam pagi sabtu yang malas..... nampak menda yg sangat susah nak nyebut ni kat rumah izah pagi semalam... nak nyebut sampai berpintal lidah tp nak merasa makan jugak. apam ke, roti, muffin ker, entah le... yang penting sedap, ada manyak cokelat chip dalam tu. bahan suma dah ada tp tolo sojuk lak duk dalam peti.... x sempat nak tunggu sampai suhu bilik terus jer guna.... mencacatkan kelembutan kuih ni agaknya sbb x sabo nak nunggu! tp bila sambung makan pagi ni tersangatlah sedapnya.... betul kata izah tu. nak tau kena la mencuba buat ya! meh tengok resepi yg kak rose cnp dari rumah Izah ni. mekasih ya Izah, kak rose nak sharekan kat sini lak...


CHOCOLATE CHIP BRIOCHES
from: 500 cupcakes & muffins cook book

bahannya

1/2 sb yis
115 air suam
1 sk gula

275gm tepung gandum
4 biji telur
60gm gula
secubit garam
115gm mentega
100gm coklat cip

sikit telur untuk oles

caranya:

Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk yang besar. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit atau sehingga yis berbuih.
Kemudian masukkan 100gm tepung ke dalam yis, kacau hingga menjadi paste yang licin.
Pukul sedikit telur, masukkan ke dalam paste yis tadi.
Masukkan pula gula dan sedikit garam. Kacau sebati.
Kemudian masukkan baki tepung tadi dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
Tutup mangkuk dan biarkan selama 45minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
Bila adunan naik 2x ganda, masukkan mentega lembut dan coklat cip. kacau sebati.
Sendukkan ke dalam muffin pan sehingga memenuhi 1/2 pan.
Biarkan 20 minit atau naik sehingga 2/3 pan muffin.
Oleskan dengan sedikit telur di atasnya.
Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit atau sehingga perang di atasnya.
Sejukkan di atas rack dan simpan dlm bekas kedap udara sehingga 2 hari.

Makes 1 dozen.

NOTA IZAH: Cklat chip boleh juga digantikan dengan kismis, buah2 kering, atau pun filling. Atau pun enak dimakan begitu saja. Izah buat half dari resepi di atas dan dapat dalam 9 ketul brioches sebesar muffin size M.

panas! panas!.... baru kuor dari oben.

13 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Ros minte sikit wat tea time petang ni.
sekarang tengah tak dok masa nak masak yang sedap2.

Kak Rose said...

Ros, siannya bz sangat ya... tadika baru bermula, tentu pening pale tengok karenah anak2 1st time masuk sekolah ni...

Amie said...

ha hahahh...susah nak sebut ye, dah makan di rumah Izah, ini nak makan lagi di sini...

izahdaut said...

waahh kak rose dah buat. telur sejuk2 ye kak.. tapi asal adunan tu naik kira jadi la kan. suke makan panas2. kalau simpan pun makin moist kan sebab penggunaan butter tu banyak. tq kak rose sudi try. buat bf sedap

Anna Qawina said...

wah..dah merebak virus ya..bila kita nak melekat kat virus ni ek..

kasihredha said...

akak guna acuan silikon ke?

Kak Rose said...

Amie, susah nak menyebutnya tp sedap je makan!

Kak Rose said...

simpan semalaman lagi sedap rupanya... tambah moist gitu!

Kak Rose said...

meh kak rose tiupkan vit r kat Ana...esok sampailah virus tu.

Kak Rose said...

ya, senang. x yah sapu butter bagai kat acuan tu

suri solehah said...

wanginya.....tengok acuan cantik2 tu,,yang pastinya tak dak kat langkawi nikan kak

Kak Rose said...

suri, kalau balik ke tanah besar boleh la cari nnti...

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose,
Wah, cantik nya briochhe.... acuan nya pun tomei. Kalau lah rajin, boleh bua bekal bento Liana tp tak rajin... minta cikit kat sini lah.