Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 18, 2011

Udang celup tepung

selamat malam.... eh udah pagi ya. tetiba tengok jam 0.05am dah... cepatnya masa berlalu kan.... k nak sharekan udang yang kak rose goreng ari ni, sedap dimakan gitu jer atau ciciah dengan cili sos. buat sendiri udang ni baru puas makan, ya lah kalau kat kedai tu derang charge punyalah mahal.... dasar kedekut punya kak rose kan! bukan gitu tp kalau kita leh buat sendiri dengan x payah spend banyak2 kan lebih menjimat kan.... ya x kawan?....

meh kita share resepinya yang kak rose amik sekali lagi dari rumah hana, tp dia punya cantik je x de kerepot2 cam kak rose punya udang ni.... x kisahlah asalkan dapat makan kan.... nduk hana macih sekali lagi ya.....dulu pernah wat gak kat sini.....

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus (kak rose x letak)
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - lebih kurang 1 cwn (hana guna air rebusan kulit udang)
  • minyak untuk mengoreng.

Cara-cara

  • Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan. >> hana tmbah serbuk lada sulah.
  • Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
  • Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.
montot udang.... macam cekodok je, buat tuk minum petang bersama teh o panas pun ok gak ni....

Daging goreng berlada

buat ni untuk luncah tadi…. tp buat x pedas pun. bubuh 2 biji je cilia api dan sesudu kecik cili blend, sbb nak ratah gitu jer, takut kang pedas sangat x kuor air mata n hidung masa makan! dah lah kak rose x tahan pedas. jadi kenkawan yg nak mencuba resepi ni ikutlah tahap kepedasan memasing ya…. dan kak rose buat macam nor tu, goreng daging tu sekejap je supaya x keras. sebenarnya daging tu dah masak pun!

Resepi amik dari rumah nor secubit garam yang asal dari rumah hana nun di jepun. (tunggu masa nak terbang ya nduk?) mekasih ya pada anda berdua share resepi ni dan kak rose nak sharekan kat sini pulak ya….

DAGING GORENG BERLADA
resipi : hanamemories.blogspot.com
source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
500g daging - rebus empuk dan hiris nipis
serbuk kunyit dan garam
*5-6 tangkai lada merah - bleh campur lada kering
*4 biji cili padi merah - ikut kepedasan masing2
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih - >> semua bahan * kisar@tumbuk agak kasar
1 inci halia ketuk
sedikit jus limau atau air asam jawa
garam dan sedikit gula@perisa (optional)
(kak rose tambah dengan potongan capsicum)

Cara-cara
Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh.. tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
Toskan minyak tinggalkan dalam 2-3 sudu besar.. Masukkan bahan kisar@tumbuk dan juga halia... tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa@jus limau.. Kacau.. Perasakan dengan garam dan juga gula@perisa. Akhir sekali masukkan daging goreng dan kacau rata. Matikan api.
Hidangkan dengan nasi putih hangat.

ratah gitu jer.... sedap dengan capsicum hijau yang rangup krup krap.... makan sampai x hengat!

Usain Bolt in the making?

salam dan salam jumaat kepada semua..... ari kak rose x g briskwalk tp ada orang tu terpaksa kena lari.... nak jadi Usain Bolt? or Usain Bolt in the making dengan seluar goboh berbunga2.... mana tau lama2 nnti boleh gantikan dia sebagai current record holder for 100m, 200m n 4x100m .... betul tak bang? x pe training betul2 ya dan x lah treadmill tu jadi bahan hiasan jer, sbb mama x rajin nak jalan atas treadmill tu! tp adakah sekali ni je sebab terpaksa lari 2.4km untuk UKF tu? kita tengok hari2 seterusnya....

bakal pengganti world sprinter yang berlari sejauh 2.4km dengan masa 20minit dan 25saat? bukan saja jauh panggang dari api tapi sesuatu yg impossible kan.... angan2 mat jenin kah?.....tp sebagai permulaan muga ini akan memotivasikan diri untuk rajin2 bereksais! jangan malas tau! x pun ikut mama g jalan 10k steps/day tu, nak?

Dinner semalam...

salam dan selamat pagi semua..... pepagi hari bukan nak hidang sarapan tp dinner semalam yg dah jadi baja organik! x pe kan.... saja nak buat tayangan amal kat sini tp itu ayam kedai mali punya.... bila rasa nak makan roast ciken ni tp malas nak wat... ayammas le jawapnya..... senang kan.... kak rose makan dengan mayonis dan sos cili jer plus daun salad n tomato cherry je... dan semalam kak rose amik dinner sangat awal dalam pukul 6 petang gitu.... dan yg x bestnya.....

tengah malam terasa lapo la pulak.... dan biskut ni jadi mangsa supper kak rose pada jam 12.30am... agaknya kalau dah tido masa tu mesti x kuasa nak bangun nak makan kan.... tp makan dua keping je - (1 pack je). sekut ni jenis low crabs jd leh la makan...... tu la sapa soh tido lambat... asik ngadap komputer, pas tu tengok oprah lak.... kisah single mother yg ada anak octuplets.... Nadya Suleman with anak kembar lapan at one go, conceived through IVF.... n x de bapak, hanya sperm donor tu ex boyfried dia dulu.... ohhh what a story... apart from the octuplets dia ada lagi 6 orang anak umur range 4 to 9 years old... semua melalui embryo transfer. that is the result of kecanggihan medical zaman technology!

Thursday, March 17, 2011

Baby siew pak choy simple

wat sayur senang ni untuk lunch tadi.... masak ala2 macam masak pak choy ngan sos tiram jer. tp kak rose gorengkan bawang putih dan tabur atas sayur tu bersama dengan bawang goreng... wangi jer bau bawang putih goreng tu. kak rose ratah macam tu je sbb x amik nasik... nak kasi BMI ideal konon!... sikit lagi nak sampai target, tp yg sikit tu yg sangat payah.... sooo near yet sooo far..... as if it's beyond reach.... tolong!!!! tp x pe esok g briskwalk lagi, n pagi ni jalan and manage to walk more than 10k steps dan kalau plus jalan dalam rumah mesti dah lebih2 kan....

anyway, this simple baby pak choy recipe kak rose amik dari Myr... oleh diaryme91. terimakasih ya dan kak rose nak tepek resepinya kat sini pulak..... mmg senang sangat nak sediakannya.

Bahan-bahan ( 3 org )
  • 3 rumpun siew pak choi (kak rose guna baby pak choy)
  • 3 sudu atau lebih sos tiram
  • sedikit kicap masin
  • air untuk mencelur
  • 1 labu bawang merah yang kecil (mayang)(guna bawang goreng je... senang)
  • (kak rose tambah bawang putih goreng)

Cara-cara

  1. rebus air sehingga menggelegak
  2. sambil tu campurkan sos tiram dengan kicap dan kacau2 (kak rose tumiskan bersama bawang putih)
  3. bila air dah siap,pegang daun sayur dengan pengepit dan selam bahagian bawah selama beberapa saat.
  4. celur daun jangan sampai kecut.potong sayur kecik2 ikut kretiviti
  5. susun sayur elok2 atas pinggan dan siram campuran kicap tadi
  6. untuk bawang,boleh tumis atau guna sahaja bawang goreng yang da ade dalam paket.tabur atas sayur
  7. siap!boleh makan ngn nasik putih atau bubur atau ratah atau ape2 aje..nge
abang's request nak makan dengan nasik goreng bodo2 dengan ikan bilis goreng garing.

Wednesday, March 16, 2011

Karipap inti sadin n kentang

abang makan sampai 10 biji.... sedap sangat la tu!

salam dan selamat petang semua..... sepagi kak rose ngerjakan buat karipap ni.... maklumlah sangat amatur untuk nak mengelim tu memang memakan masa dan dengan kejadian yang x sekata besar, kecil, lonjong.... pendek kata semua saiz ada! tp yang penting inti nya sangat sedap.... dah lama teringin nak buat inti ni tp asik ada tapinye jer... bila pagi tadi gelap sangat macam nak hujan jadi kak rose x lah g briskwalk tu... terus mintak cik google carikan resepi karipap yang ada inti sadin n kentang. bila dah jumpa terus mulakan projek buat inti dan bancuh adunan kulit karipap. resepi kak rose amik dari Myr oleh tun_telani.... macihya, kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( dlm 35biji )

  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis (x de - kak rose ganti ngan asam keping)

Cara-cara

  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (kak rose simpan kejap dalam fridgedalam 1/2 jam gitu baru guna)
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  7. bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.
kak rose buat kecit2 dapat dalam 40 biji kot.... masuk dalam 4 zipper bag ni frozenkan...len kali nak makan tinggal goreng jer! senang kija kan.

Jus limau kasturi + asam boi

salam dan selamat petang.....ari ni sangat murah rezeki kak rose.... tengok tu, semagkuk beso jiran bagi asam limau kasturi ni... terima kasih daun keladi Sal..... esok2 kalau ada nak lagi...... so kak rose nak tepek jus limau kasturi yang kak rose buat ni.... kak rose memang x pernah suka asam2 limau ni.... masam! bila dah try buat jus ni mak ai.... sedap lak. dan tadi dah try yang makan gitu je dengan asam boi.... manis lak asam nih. x pernah try tu pasal la x tau kan.... sedap rupanya!

bila dah banyak asam limau ni kak rose pun godek2 cari resepi camner nak wat juice ni... ropanya sangatlah senang. kak rose dapat dari sini....terimakasih ya kamsiah dan kak rose mintak izin nak share kat sini lak....

sebahagian asam limau kasturi yg jiran bagi....

cara:-
kupas kulit limau, belah dua n buang biji
(kak rose tambah sikit air)
blend n tapiskan
tambah gula, asam boi n ketulan ais
siap untuk diminum...

asam boi yg kak rose guna....

jom... nikmati jus asam limau kasturi + asam boi yg sedap nih!