ubi pemberian kawan setaman... rebus jer old school cenggini, makan pulak dengan ikan masin, memang ngam sangat lah kat tekak kak rose yang tengah lapo baru lepas balik dari berbrisk walk tu... tengah sarapan ada pulak kawan datang rumah... so sambil gebang2 sambil makan ubi rebus yang gebus ni... bertambah2 sedapnya bila ada teman membawang kan.. tapi jangna risau kita membawang yang baik2 jer!
sambil pot pet, habis ubi rebus seperiuk... kakau anak nampak ni dikatanya mama ni macam zaman jepun jer... asal ubi jer mesti zaman jepun, budak2 sekarang kan..
Lanai Kijang
Sunday, March 14, 2021
Saturday, March 13, 2021
Nasi Arab Al- Rawsha
seakan masih kekok nak makan kat luar, kita tapau jer lah ya
yang ni pulak satu portion lamb madghout, memang sangat besar lah portionnya... macam untuk dua orang makan lah..
the kuah curry yang sangat cair dan sos harrahnya... rasanya sos harrah tu yang home made lagi sedap kot...
tengok lah ni... portion ayam yang sangat mewah...
nasi pun sangat lah banyaknya untuk kami bertiga..
muwalah bread dan saltah pencicah yang sangat sedap lah.
Friday, March 12, 2021
Ayat 58 Surah Yassin
Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari buat semua...
Rahsia Surah Yassin Ayat ke-58"
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM'
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Aamiin Ya Allah.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.
Jangan lupa share dan like.
Alhamdulillah
Thursday, March 11, 2021
Kuih cara berlauk
kuih cara berlauk yang kak rose buat sebagai buah tangan untuk kawan yang melangsungkan pernikahan anak bongsunya... during pkp, urusan pernikahan dibuat seakan mengejut jer.. berhari2 duk mencari ruang untuk melangsungkannya tapi semuanya kena ikut jabatan agama islam negeri dan bila dapat line terus dia bagi date, take it or leave it. dah memang tunggu lama kan, so amik jer la tarikh yang diberi untuk nikah on line tu iaitu 4 hari sebelum majlisnya dan memang kena buat during week days. masa2 pkp ni kan susah jugak nak dapatkan catering bagai.. so buat lah sesimple mungkin... dan kuih cara ni jer yang kak rose sempat sediakan untuk icha... selamat pengantin baru icha dan suami, semuga berbahagia hingga ke akhirnya..
resepi kak rose cnp dari Resepi Che Nom yang sangat sedap nih... dapat pujian dari tuan rumah dan juga tetamu yang datang makan. rasa kembang kuncup tukang buat nih!hihi. terima kasih kongsikan resepinya.
resepi kak rose cnp dari Resepi Che Nom yang sangat sedap nih... dapat pujian dari tuan rumah dan juga tetamu yang datang makan. rasa kembang kuncup tukang buat nih!hihi. terima kasih kongsikan resepinya.
Bahan-Bahan:
- Bahan-bahan untuk inti:
- 300g daging atau ayam kisar (kak rose guna ramly minced meat)
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit lada putih atau lada sulah
- Bahan-bahan hiasan atas:
- 2 biji cili merah, hiris halus
- Bawang goreng
- daun bawang
- daun sup
- 300g daging atau ayam kisar (kak rose guna ramly minced meat)
- Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 4 cawan santan cair
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil pewarna kuning
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk inti:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Cara-cara untuk adunan kuih cara:
- Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
- Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
- Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
Wednesday, March 10, 2021
Tuesday, March 9, 2021
Sambal petai bilis
Sapa suka makan sambal bilis petai, boleh geng lah dengan en asben. saya tak makan, saya tukang masak jer hihi.. permintaan dari en asben yang nak makan samabl petai, puas lah mencari petai tapi tak jumpa pulaknya...dan kali ni anak g pasar malam kebetulan ada orang jual pulaknya...tapi kurus2 jer isinya... cuma dapat banyak ni 10 hengget tu... mahal gak la harga petai ni sebab barang rare.. susah nak dapatnya kan. ade ke petai ni buah bermusim jugak ker?
apa pun Alhamdulillah dapat jugak lah hilangkan ngidam nak makan sambal petai tu. sikit macam ni pun berkali makan tak habis lagi sebab dia sorang jer yang makan... tukang masak dan anak2 pun tak makan sambal petai ni...
apa pun Alhamdulillah dapat jugak lah hilangkan ngidam nak makan sambal petai tu. sikit macam ni pun berkali makan tak habis lagi sebab dia sorang jer yang makan... tukang masak dan anak2 pun tak makan sambal petai ni...
Monday, March 8, 2021
Eat clean n healthy ker macam ni?
SAHM yang memang duduk rumah, pantang lepa ada masa terluang suka sangat scroll ig kawan2 yang sedang berdiet2 dengan menu yang sedap2 tapi masih boleh turunkan berat badan... tapi kak rose ni mana nak nyer turun berat tu sebab nak makan yang sedap2 jer kan. cumanya kak rose suka dengan menunya tapi resepinya buat suka suki sendiri... nak sesedap rasa lah bila makan... yang nak diet tu jangan lah ikut macam kak rose ni ya... bahaya tu!
kalau nak berdiet tu memang tak de minyak2 la kan.. tapi ayam perap sesedap rasa ni kak rose goreng dalam pan dengan spray jer minyak kat pan tu... no deep frying lah! brokoli dan carrot tu pun coatkan dengan bahan perapan ayam tadi dan goreng lah dalam pan lepas goreng ayam tu tadi... sedap weh! tak perlukan pencicah dah.
dan... kan kak rose dah kata, mananya nak eat clean n healthy, siap gandingkan dengan minuman sunkist pure orange juice dan buah2 yang semuanya manisss... cumanya tak de nasik lah. eat clean n healthy jugak ke cam tu? sendiri mau ingat lah.
kalau nak berdiet tu memang tak de minyak2 la kan.. tapi ayam perap sesedap rasa ni kak rose goreng dalam pan dengan spray jer minyak kat pan tu... no deep frying lah! brokoli dan carrot tu pun coatkan dengan bahan perapan ayam tadi dan goreng lah dalam pan lepas goreng ayam tu tadi... sedap weh! tak perlukan pencicah dah.
dan... kan kak rose dah kata, mananya nak eat clean n healthy, siap gandingkan dengan minuman sunkist pure orange juice dan buah2 yang semuanya manisss... cumanya tak de nasik lah. eat clean n healthy jugak ke cam tu? sendiri mau ingat lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















