Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 27, 2019

Saturday, November 23, 2019

Rebus telor masin 2 minit jer

Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua..

 hari tu kan kak rose buat tayangan amal nasi kerabu bunga telang tu... dan ini lah dayang pengiring pada nasik tu.. telor masin yang kak rose rebus cuma 2 minits jer bila guna periuk noxxa . mudahkan..

 setkan hp 2 minit dan tunggu lah sampai bunyi tet tetttt... release the steam dan taraaa... masak lah dah tu..

alaskan periuk dengan tuala basah. basuhkan telor bersih2 dan masukkan dalam periuk, tutupkan dan laraskan tombol pada pressure dan set 2 minit...

Wednesday, November 20, 2019

Saturday, November 16, 2019

Minum petang kami...MMA

macam-macam ada... tapi mostly ready made jer...
kerajinan tukang dapo memang dah hilang dan tak jumpa jalan pulang..
so mostly store bought snacks lah yang jadi pilihan..
jemputlah jamu mata jer ya..

 popia daging from az-zain... sambil2 BMF kannn

  fries yang 😋😋, tapi tak boleh la makan selalu kan...

 home made keladi goreng cicah sambal kicap jawa yang ummmph!

 marina tempura ni memang pebret lah..

 pisang goreng crispy dari restoran azira..

marina tempura n popia kentang pulak..

 kuih bom inti kelapa, bli dari kawan yang buat business homemade frozen food.

 pisang goreng, tapai ubi dan bubur pulut hitam, beli jer....

 lempeng pebret cicah dengan sambal tumis sedappp

 jagung manis pebret from pasar malam, kerepek ubi masin dan muruku duri, katanya!

 tuna mayo panini dari sk... sedap!

 
 again... stock up lagi dan lagi...

kuih bom inti red bean paste pulak... sedap sangat.

Thursday, November 14, 2019

Jom exercises tangan....

Asalamualaikum dan salam khamis buat semua..

 since hari tak de kelas mengaji dan juga kuliah petang, so baik lah guna kan masa yang ada dengan something yang berfaedah. gitewwww khenn? nak buat apa pulak tu? jom lah mulakan buat tat nenas kerang yang sangat amik masa nak membuatnya nih. maklumlah keras tangan, jadi buat kerja apa pun semuanya lambatttt... tak per la kan... pelan2 buat. sikit2 nanti lama siaplah hendaknya.. nak menggentel inti ni pun amik masa gak... camner tak amik masanya sbb bila ada phone in between buat kerja, paham2 jer la kan...

separuh lagi nak bentukkan untuk nanti nak memudahkan kerja bila nak letak dalam doh tu... semuga kak rose terus rajin nak siapkan seratus botol of gift ni. Insya Allah...

Wednesday, November 13, 2019

Pizza hut to the rescue

time tukang dapo sangat tak rajin...
2 large super supreme with extra cheese topping
tapi kan macam kureeeeng jer kan..
suka kau lah labuuuu... asal perut kenyang
dan tukang masak boleh rilex2, tak perlu bersilat didapo!
Alhamdulillah denga rezeki Nya.

Tuesday, November 12, 2019

Cek mek molek

Asalamualaikum dan salam selasa..

 kesian kan keledek yang kak rose beli tapi terbiar jer kat dapo tu... seakan nak bercambah pulak dah jadinya... so sebelum berakar dan pokok panjang menjalar didapo, jom lah jadikan sesuatu yang boleh mengenyangkan.. memula tu nak buat kuih keria macam yang sedang viral tu, tapi bila pikir2 malas lah pulak nak menyira dengan gula merah tu... dan lagi satu, takut pulak tak menjadi siranya tu... so paling mudahnya buat jer cek mek ni...dah tentu sedap dengan gula yang cair dalamnya tu. sebelum pergi kuliah dan mengaji petang tu kak rose dah rebus dan lenyekkan siap2. balik petang tu tunggal nak gaulkan dengan tepung dan bentukkan.... dan inilah kejadiannya... selamat dinikmati dengan secawan nescafe o kosong dipetang2 hari..

meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.