Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 11, 2019

Pebret sepanjang masa..

pisang kaki a ka persimmon dan teman sepiringnya..

 fresh persimmon... sweet n crunchy

 bersama digandingkan dengan red and green seedless grapes

 with pisang berangan dan sour plum yang manis!

buah apa pun... memang tak pernah tolak lah  kak rose ni...

Saturday, November 9, 2019

Makan2 di tcrs

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan...

 pai tee, bendi dan kerabu mangga..

malas2 weekend lunch for three of us...Alhamdulillah kenyang.

Friday, November 8, 2019

2 minit jer...

Asalamualaikum dan salam Jumaat yang dingin..
hujan rahmat yang turun dari awal pagi masih belum reda..

 hasil dari rebusan telor 2 minit tu... kisahnya hari jumaat lepas kak rose buat majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah... lama jugak rasanya tak buat majlis ni kat rumah kak rose kan.. so bila tanya kat ketua muslimat untuk minggu tu tak de yang booking slot tu, kak rose pun amik lah giliran tu... dan menu yang mudah yang kak rose sediakan untuk breakfast lepas majlis tu cumalah nasik lemak ni. dan nak kongsikan cara paling mudah dan cepat nak sediakan telor rebus tu... kalau nak goreng tak terdaya la pulak nak sediakan awal2 sbb mengaji stat pukul sembilan pagi.. so yang paling mudahnya, rebus jer la kan.. rebus telo 2 minit dan masak nasik 7 minit. mudahkan dengan noxxa!

 2 minits jer dalam periuk noxxa ni.. memula basuh bersih2 telor dan alaskan dasar periuk dengan tuala basah. masukkan telor dan tutup, laraskan tombol pada pressure dan hp 2 minit. tunggulah sampai bunyi tet tet tet tetttt..

30 biji at one go... tapi ada sebiji yang pecah sungguh tu agaknya telor yang kak rose amik dari dalam peti...so kena pastikan nak rebus ni kena telor yang berada pada suhu bilik kot... kot kot pulak kan, sbb nya mengaji tak abes la tu... so lain kali tahu lah kan...

 
 bila kopek pun cantik halus mulus jer kejadiannya.... tapi kan, kak rose biarkan telor tu sejuk baru alihkan dari periuk tu... so agaknya suhu panas tu membuatkan telor macam overcook sbb ade garis hitam kelabu diantara kuning telor tu kan..so rasanya kena keluarkan sebaik saja off kan periuk tu. seklai lagi ngaji tak abes la ni!

telor rebus 2 minit bersama dayang pengiring untuk nasik lemak dimajlis bacaan Surah Al-Kahfi pagi jumaat yang lepas... telor rebus 2 minit, sambal tumis sedap, fillet ayam goreng bersama kacang panjang, ikan bilis dan kacang goreng dan jugak timun. Alhamdulillah, 2 periuk penuh noxxa nasik lemak abes dengan jayanya. terima kasih kawan2 yang sudi datang bersama untuk majlis bacaan mingguan surah Al-Kahfi kita..yang tak dapat datang tu, nanti Insya Allah kak rose buat lagi lain kali ya..

Thursday, November 7, 2019

Jenis sayur dan khasiatnya...

Terima kasih majalah Rasa yang kongsikan di fb
dan kak rose kongsikan kat sini pulak ya..







Wednesday, November 6, 2019

Makan2 di Makan Culture

sesi menambah lemak dihujung minggu...

 Nasi Peha TomYam namanya... memang sangat besar portionnya!

 ni tak ingat pulak namanya...

the drinks...  iced lemon tea n honey lemon tea

the menu booklet.. nasi peha? cam weird jer kan..😜

Tuesday, November 5, 2019

Eeee takutnya..

Alhamdulillah.. selamat sampai...

 selepas 1jam dan 40 minit, touch down di SZB dalam hujan masih lebat..

 memang menakutkan... itulah pengalaman yang pertama kali pernah kak rose alami.. semasa balik dari menghantar MIL balik kampung tu lah dapat merasa pengalaman yang menakutkan ni... penerbangan yang cuma amik masa selama lebih kurang satu jam menjadi lebih lama disebabkan cuaca buruk dan hujan yang sangat lebat di airport.  sepatutnya flight akan landing di subang airport pada jam 4.20 petang, tapi disebabkan hujan lebat flight tak dapat mendarat dan berlegar2 diudara subang utara seperti yang di announce oleh juruterbang tu... mulanya memang happy jer bila dah nak sampai, tapi tetiba ade announcement yang katanya due to bad weather, we are unable to land... hati dah mula cuak... dan dia kata mungkin lebuh kurang dalam 10 minit jer cam tu la kot... kita yang diatas ni tengok cuaca pun ok jer, panas lagi tuh! tapi masih jugak tak dapat landing dan terus berlegar2 diudara...

dalam hati memang sangat mengharapkan cepatlah elok cuaca dan dapat mendarat dengan selamat... puas lah baca segala ayat dan berzikir semuga dipermudahkan perjalanan kami ini... Alhamdulillah, akhirnya setelah 40 minit berlegar diudara, tepat jam 5 petang barulah dapat mendarat walaupun dalam keadaan masih hujan lebat. so penerbangan dari KBR ke SZB yang sepatutnya cuma 1 jam dah jadi  1jam dan 40 minit yang sangat menakutkan... Apa pun syukur Alhamdulillah, dah selamat semuanya. kawan2 pernah tak alami kes yang macam ni?

di KB epot... cuaca elok jer, panas terik...tapi sejam kemudian, lain pulak keadaan cuacanya. tepek kat sini kenangan menakutkan ni...

Monday, November 4, 2019

Tat nenas kerang

Asalamualaikum dan salam isnin buat semua..

 Fuh fuh!!! tiup dulu habuk yang banyak dah bertepek kat dapo maya kak rose ni.. makin lama makin tak ada kerajinan nak mengupdate kannya... 10th bloggersary pun tak dapat nak buat entry untuk dapo kesayangan ni... huhu. tak tahu lah sibukkan apa, tapi yang pasti kerajinan tu tak tau g mana dah. hidup segan mati tak mahu jer dapo ni... semuga tak lah terus terkubur dan hilang dari pandangan dialam maya ini... jom update dengan tat nenas kerang yang kak rose buat masa cuti hari deepavali ari tu...

 pack dalam botol kecik2 cam ni, nampak cantik la pulak kan. hihi, zaman sekarang kan naik lift dan tekan sendiri mana nak g... so ni la ak rose.... jangan jatuh gedebuk, udah ler kan...

 gigih cari reben dan tepek kat tudung botol tu.... tapi kak rose ni memang jenis keras tangan, tak berseni langsung nak cantikkan botol tu...

dan..... banyak lagi nak kena sediakan cookies ni untuk upcoming event... semuga dipermudahkan dan semuga adalah kerajinan nak menyiapkannya...Insya Allah. resepi tat nenas kerang ni boleh tengok kat sini ya... dah banyak kali kak rose tepek resepinya. terima kasih pada yang kongsikannya.