Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 14, 2018

Iftar#28 dan terawih terakhir Ramadhan 1439H

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 29
telah sampai kita ke penghujung ramadhan kali ini
semuga ibadah dan semua kebaikkan kita diterima oleh Nya
dan semuga dipertemukan semula pada ramadhan yang akan datang. Aamiin

 menu berbuka petang semalam, beli jer satay kajang kat bangunan pkns tu..  dan buah yang masih berbaki... betik dan tembikai, habis jugak akhirnya. seharian kak rose masak rendang dan frozenkan untuk nak bawak balik petang nanti... maklumlah rumah peninggalan arwah memang dah tak de sapa, jadi kami adik beradik berbagi bagi lah apa yang perlu dibawa nanti... ya lah memasing balik pun dah malam raya, pasti tak sempat nak sediakan semuanya... harap perjalanan balik nanti tak lah jem, dipermudahkan dan boleh lah cepat sampai dengan selamatnya... Insya Allah.

 satay kajang untuk kami berbuka... makan buah dan minum air, jadi lima cucuk jer pun dah kenyang dengan satay ni... selebihnya makan lepas balik dari mesjid... dan pagi ni bila naik atas weighing scale... 1.5kg jer kurangnya... boleh tak salahkan makan selepas pukul 10 tu??? kalau gitu nak timbang masa petang sebelum berbuka lah... happy jer tengok display digital number tu... aci tak cam tu??

 balik tu sambung jugak makan nasik impit dan rendang yang tadi seharian memasaknya... lepas tu kemaskan dan zassss masuk dalam freezer untuk frozenkan... nanti sampai kat kg tinggal defrost n reheat... adik akan buat soto dan sorang lagi bawak rendang udang special yang dierbangkan dari sabah... jauh perjalanan rendang udang, siap dengan delayed flight lagi untuk kami nikmati dipagi raya nanti...

kali terakhir untuk solat terawih pada ramadhan 1439H malam tadi... Alhamdulillah dapat mengerjakannya sehingga malam terakhir kecuali yang tiga hari kak rose sakit belakang tu... dan tuan pengerusi mesjid pun ucap tahniah dan syukur pada Allah, mesjid tetap penuh sehingga hari terakhir terawih. semuga ibadah malam2 kita dan segala apa yang kita lakukan dibulan mulia ini akan diteriam oleh Nya dan semuga kita dipertemukan semula pada ramadhan yang akan datang. Aamiin

Wednesday, June 13, 2018

Iftar#27 mood raya is on!

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 28
kawan2 dah siap ker persediaan raya?

 semakin ramadhan mengundurkan diri, dan semakin syawal akan menjelmakan diri... memang lah mood raya is on... tapi raya kali ini akan sangat berbeza buat kak rose adik beradik. macam mana lah agaknya beraya tanpa mereka...salam pagi raya tanpa mereka...rutin raya berpuluh tahun akan sangat berbeza kali ini.. 😭😭  harap tabah lah wahai hati, walaupun cuma nak coretkan entry ini pun mata dah masuk habuk... semuga kak rose dapat laluinya dengan tabah bersama suami, anak dan adik beradik yang lain. kami akan balik jugak beraya dikampung, dirumah peninggalan arwah mak bapa yang kini tinggal kosong, kering dan sunyi tanpa penghuni... tapi rumah ini lah yang akan kami sentiasa rindu untuk kunjungi. Al-Fatihah untuk arwah mak dan bapa.. semuga tenang disana bersama doa kami yang sentiasa mengiringi...

 semakin ke penghujung ramadhan, semakin buntu rasanya nak sediakan menu berbuka... buah pun apa yang ada dalam stok jer... nak kena perabeskan... so ni jer yang ada... betik yang sangat manissss dan tembikai yang dah tiga hari hidang pun tak habis lagi... beso bebeno belinya... tapi dengan buah apa pun kak rose tak pernah jemu!

 
 menu berbuka paling sempoi.. just gorengkan potato wedges dan jugak tempura. cukuplah untuk kami berdua berbuka hingga nnti lepas terawih baru makan nasik..

 sayur lemak putih petola dan soon... berlumba2 menternak lemak dipulan puasa ni.. dan bila digandingkan dengan nasi panas2 dan ikan gelama masin, pukul 10 malam pun laju jer menyuapnya.

 ayam fillet goreng dengan kacang buncis...simple dan sedap buat kami berdua lah.


Tuesday, June 12, 2018

Iftar#26 roti jala

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 27
ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya...
dan syawal bakal menjelma...

 menu berbuka kak rose petang semalam... merajinkan dir bersauna didapo untuk menjala.. ni pun dari permintaan tukang makan yang nak kan berbuka dengan roti jala ni... mudah nk sediakan kalau tukang makan dah bagi menu. so tukang masak dengan happynya sediakan roti jala yang kekal lembut walau pun dah sejuk... gandingkan dengan kari ayam pulak, memang ngam sangat lah..

 kari ayam ni kira twoinone lah... untuk cicah dengan roti jala dan jugak untuk lauk makan nasik. senang kerja tukang masak, dan yang lagi bestnya boleh sediakan awal2... tak lah kelam kabut semua nak sediakan waktu petang tu..

udang goreng celup tepung paling mudah nak sediakan, sebab tu asik buat yang ni jer... lagi pun tak de complaint dari tukang makan... kalau buat gulai or menu lain asik ade jer berbaki. yang goreng cam ni memang habis sekali ngadap jer... ratah gitu jer pun boleh..

 bila mintak en asben belikan togeh, sebeban dia beli... so berulang lah sayur togeh... hihi

 for the dessert, buah tembikai dan mangga gaul dengan asam cicah pakchu916. sedap nyaaaa... tapi masaalah makan buah tembikai ni kena kerap bangun g toilet... tapi tetap makan jugak, masa potong sediakan tu rasa menjejeh ailio. ishhhh!!! tergoda sungguh, sabar je lah!

Monday, June 11, 2018

Iftar#25 menu ulang ulang..

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 26
semuga kita dipertemukan dengan malam yang Allah berikan ganjaran seribu bulan, Aamiin

 semakin penghujung ramadhan, semakin buntu tukang masak nak sediakan juadah berbuka... makanya jadilah menu ulang2 dengan bahan stok yang ada dalam fridge.... semalam seharian siapkan shopping raya, buakan lah shopping sangat pun tapi amik masa untuk cuci mata tengok orang lain shopping... hihi... so untuk berbuka siapkan menu yang mudah2 dan cepat dimasak jer la kan...  sayur dan lauk sekali dalam udang tu... cukuplah untuk kami berdua, sbb sianak berbuka dengan kawan2 dia...

 ikan tenggiri masak lemak ciliapi leftover, cukuplah sekeping ni untuk kami berdua... lawankan pulak dengan ikan gelama masin goreng, memang ngam sangat.

 leftover inti untuk buat murtabak yang difrozenkan, masa2 macam ni lah ianya sangat membantu.. so ulang2 lah menu berbuka kami dengan murtabak daging kulit popia dengan bawang cuka ni. sekeping pun dah kenyang bila banyak makan buah dan minum air dulu..

tembikai yang manis dan juicy... tapi malam kena banyak kali bangun ke toilet lah... huhu

Sunday, June 10, 2018

Iftar#24 tertunai hasrat dihati..

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 25

 Alhamdulillah, tertunai hasrat dihati nak makan telo mata cili kicap seperti yang dalam list the day before tu... semalam gagahkan diri memasak dan dibantu oleh en asben, dapat jugak siapkan menu untuk berbuka ni... walaupun pergerakan masih terbatas, tapi boleh dah kedapo...memang macam reluctant nak  makan masakan yang beli tu... banyak yang terbuang daripada dimakan! nak jugak yang tukang masak ni buat sendiri, walaupun menu bodo2 jer... dan yang paling awal sediakan ialah menu legend ni... telo mata cili kicap ni... puas hati dapat makan, ngalahkan mengidam lak kan!

 iakn siakap tiga rasa.. ni kali kedua buat dalam bulan posa ni. en asben tolong gorengkan, kak rose cuam buatkan sos nya jer...

 sayur togeh lagi... memang nak sediakan yang mudah2 jer... supaya tak berlama2 berdiri didapo. terima kasih pada en asben yang banyak tolong...

 untuk kuih berbuka, gorengkan popia frozen lebihan dari buat yang hari tu , cicah dengan home made sos yang dah sedia ready...

 gorengkan jugak marina tempura... stok frozen food memang sentiasa ada untuk masa2 kecemasan macam ni... mudahkan kerja didapo kan..

buah for the day... mangga, tembikai dan sedikit seedless red grapes. Alhamdulillah, walaupun masih sedikit macam robot, tapi dah much better, tapi masih tak berani nak g terawih kat mesjid... semalam solat pun masih duduk atas kosi, tapi pagi ni Alhamdulillah dah boleh solat macam biasa, cumanya kena sangat berhati2 dan pelan pelan pergerakan tu.... muga terus diberikan kesembuhan buat kak rose. Aamiin.

Saturday, June 9, 2018

Iftar#23- dugaan dibulan puasa...

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 24
Redho dengan dugaan yang datang tanpa diduga....


 pagi tu macam biasa dah berkemas segala, sapu dan mop bahagian atas, mop tangga, lap kipas dan vacuum hall sekangkang kera kat bahagian bawah lak... semuanya ok jer. rehat sekejap dan mandi...  dan masa ni lah dugaan tu datang tanpa ada apa2 tanda pun... mulanya cuma membongkok nak amik  sejadah yang kak rose lipat dan letak atas sofa untuk solat dhuha... tak lah bongkok sangat sbb sejadah tu dah ade atas sofa kan... tapi benda dah nak jadi kan... mas tu lah terasa yang lower back tu sakit sangat. sangat2 sakit! so pelan2 tegakkan badan dan amik nafas, duduk jap kat sofa. luruskan badan dan belakang tu. dah rasa ok sket, teruskan dengan dhuha, masih boleh semayang macam biasa... boleh rukuk dan sujud semua... tapi buat pelan2 lah.. lepas tu terus duduk jer sbb tak nak banyak pergerakkan...

 tapi bila makin lama makin sakit pulak... bila dah rasa macam tak tahan terus lah g klinik kat sek 19 ni, tapi doc yang biasa jumpa tu dah bercuti raya, yg ade cuma locum doctor jer. amik keputusan terus g klinik kat sek 18, tapi sbb hari jumaat dan tengahari pulak tu, klinik tu tutup pulak, mungkin sbb tak de replacement doctor kan... so terus pusing balik g ke KPJ diseksyen 20... masa ni jalan pun pelan2 tegak je macam robot. terus g jumpa doc kat situ, dia soh angkat kaki kiri dan kanan semua ok jer... oh!!! tak de apa2 lah, jangan risau. katanya....😥😥. sakit kot!!... so dia suggest bagi jab n ubat makan jugak dan ointment panas untuk sapu juga acustop untuk tampal kat tempat sakit tu... ni kali kedua kena sakit macam ni... tapi yg dulu terus tak leh gerak langsung, takut dibuatnya!

so hingga pagi ni masih nursing sakit belakang tu, walaupun dan much better tapi masih berhati2.. tak nak lasak2... sejak semalam semayang pun duduk atas kosi jer... dan miss terawih kat mesjid jugak... muga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk kak rose boleh dapat teruskan menjalani ibadah diakhir ramadhan ini... dan list kedapo yang kak rose buat semalam pun tinggal list jer... cuma sempat buat bubur candil tu... tu pun skit jer, tepung yg dah bancuh separuh lagi masuk dalam fridge. boleh guna lagi ke nanti tu allahualam lah. nasi dan lauk en asben tapau jer... walaupun tak menepati selera, tapi Alhamdulillah... tinggal nak hidang jer... miss telo mata kicap cili tu..😋😋

 bubur candil in de making... dapat buat ciput jer..

 jadilah untuk kami tiga beranak berbuka... ada leftover murtabak, just reheat dan serve... tanpa bawang cuka pun habis jugak anak makan. Alhamdulillah.. dan petang ni... "think of not doing kitchen work for today" kata en asben.... tukang masak belum boleh renyah2 kat dapo.. Insya Allah dah sihat nanti, boleh masak lagi...

Friday, June 8, 2018

Iftar#22 ayam ungkep

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 23

 semakin hari tukang masak ni dah tak de idea apa nak dihidang untuk menu berbuka puasa... maklumlah selalunya seminggu sekali pun susah nak masak.. tapi bulan puasa ni kena rajinkan diri memasak untuk keluarga... tapi Alhamdulillah, apa saja yang terhidang dimeja tak de bantahan dari tukang makan.. so far kiranya berjaya lah tu kan... dan semalam kak rose buat ayam ungkep untuk lauknya... sedap dan tak muak sbb tak de santan bagai, tapi tengoklah minyak yang meladung tu... seremmm tengok kan 😱😱. masa makan kita adjust la... buangkan lemak2 tu, hihi.. kalau nak resepi boleh lah tengok kat sini ya... http://seripayaku.blogspot.com/2016/02/ayam-ungkep.html

 sayur apa yang ada dalam fridge je... sawi masak lemak untuk en asben yang nak berkuah kalau makan nasik! ad jugak buat telo dadar, tapi lupa pulak nak snap gambo..

 cucur udang yang laku keras... ni dah kali ketiga buat cucur dalam masa puasa ni... kali ni letak sayur togeh, kucai, bawang besar dan isi udang yang dicincang... dan ciciah dengan home cili sos yang jugak dah kali ketiga buatnya dalam bulan puasa ni!

sementara nak tunggu hujung minggu, stok buah pun dah nak kosong tupperware tu... so ini je lah yang ada. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan...