Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 2, 2016

Iced lemon tea

 hari yang panas memang sedap kalau dapat minum yang sejuk2 cenggini kan... tapi kak rose ni tak tahan kalau amik minuman sejuk, pagi esoknya mesti terbatuk2, kadang tu sampai termuntah2... tapi nak jugak minum iced lemon yang sedap nih. terbatuk batuk tu belakang kira lah ya... apa lagi yang kita buat sendiri ni... ikut sesedap rasa kita sendiri lah...

 gigih jalan kaki pergi ke rope walk untuk nak beli lemon ni...

 lemon peel... dari dua biji lemon..

 jerang bersama air gula dan renehkan... meh kak rose kongsikan resepinya, terima kasih ya cik google.

Ingredients
  1. 2 large lemons
  2. 1 1/4cups sugar
  3. 2cups fresh mint leaves, plus more for garnish
  4. 6 black tea bags
  5. 1/2cup fresh lemon juice
 Directions
  1. Using a vegetable peeler, remove bright yellow peel from lemons. Combine lemon peel and sugar in a medium saucepan with 1/2 cup water and bring to a boil, stirring to dissolve sugar. Lower heat and simmer 2 minutes. Remove from heat and stir in mint. Cool to room temperature; strain.
  2. Steep the tea bags in 4 cups of boiling water, covered, for 5 minutes. Then remove tea bags. Stir in syrup, lemon juice, 4 cups cold water, and ice cubes. Serve in tall glasses filled with ice and a few mint leaves.


ready to serve.... slurpppp.

Thursday, September 1, 2016

Apam karamel tanpa telor

 Asalamualaikum dan salam pagi khamis diawal september... lajunya time flies kan dan kini kita dah berada pada suku terakhir tahun 2016... rasanya baru saja sambut tahun baru, tapi kini dalam masa 4 bulan jer lagi kita akan sekali lagi sambut tahun baru.... dan baru semalam kita sambut kemerdekaan yang ke 59 tahun malaysia... merdeka kah kita? terpulang pada kita punya interpretation lah kan... jom lah merdekakan diri dengan menikmati apam karamel tanpa telor ni.... bila tengok kali terakhir kak rose buat apam ni ialah hari merdeka tahun lepas... kira dah setahun tak menikmati apa ni... patut pun sedap jer makan... meh la tengok resepinya...

Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. 

Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)

Bahan-bahan


1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya


1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

Wednesday, August 31, 2016

Salam merdeka..

Selamat hari merdeka ke 59

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 59, semuga kita semua merdeka mentally and physically... dan pagi2 tadi terima gambar ni wall fb dari kawan yang sama2 marching for merdeka celebration manyyyyy years back. so for ingatan, kak rose tepek kat sini kenangan manis ni.

dan perbarisan hari ini.... semuga akan jadi kenangan manis untuk tahun2 yang akan datang..

WW: best ever lauk

for him only!

Tuesday, August 30, 2016

Ayam dan brokoli sos tiram

 sayru yang mudah dan sedap, walaupun untuk meratah saja... buat ni berdasarkan resepi brokoli masak sos tiram dari Zalinah@Rempah Ratus yang sangat menggoda jiwa dan tekak kak rose ni... tapi yang ni kak rose celurkan brokoli tu dan susun dalam pinggan barulah tuangkan ayam yang dah siap dimasak tu, instead of masuk sekali dengan ayam tu... kak rose kongsikan resepi asalnya ya..

Bahan-bahan :
300 gm brokoli - dipotong
1 batang lobak merah - potong serong
200 gm isi ayam - dihiris
1 biji bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
1 cawan air
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupmya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan tumis hingga masak. Tuang sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan carrot
Masukkan sos tiram dan kicap manis.
Tuang air dan tepung jagung yang dibancuh.
Perasak garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
Taburkan sedikir bawang goreng.
Sedia dihidang.

Monday, August 29, 2016

Lempeng nasi

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua.... sarapan apa pagi ni agaknya ya, atau ada yang berpuasa sunat, Alhamdulillah... semuga terus istiqamah melakukannya... tapi kak rose tak rajin nak buat... so kena sediakan sarapan lah... jom kita makan sarapan style kampung kak rose ni... sebenarnya untuk nak elak pembaziran jugak ni... kalau ada nasik lebih2 tu boleh la buat lempeng cam ni atau pun buat apam beras pun sedap gak... tekak kak rose ni semuanya sedap lah....

resepi dari blog CMG, kak rose kongsikan kat sini pulak ya... mekasih Mat

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
gambar lama yang kak rose pernah buat dulu... saja nak tepek kat sini semula....

Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

Sunday, August 28, 2016

New netting

 netting yang lama dah koyak2, so it is time to change... harap2 cik nyamuk tak dapat nak masuk rumah kak rose ni...
kerja2 preparation buat kat luar rumah, bila dah siap baru pasang kat tingkap dan atas pintu utama ni... tapi sampai empat orang nak buat kerja... tak kisah lah asalkan cepat siap sudah ler kan...

kalau tak nak pasang netting tu, sorok jer seliper dalam rumah, pasti nyamuk tak masuk sbb dia fikir tak de orang dalam rumah tu.... hihi