Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 8, 2012

Laksam

salam dan selamat petang.... dah petang hari baru dapat nak ngadap menda ni.... pagi tadi g pot pet ngan kawan yang nak mintak tolong buatkan laksa johor dan tepung pelita untuk yasinan dan jamuan perpisahan pada hari sabtu ni... Insyaallah dan harap2 kak rose cukup sihat untuk nak menyempurnakan permintaan kawan tu.... balik rumah terus siapkan nak buat laksam ni.... sebelum g tadi dah siap rebus ikan.... bila balik tengahari dah lapo laju je nak siapkan.... dan dapatlah lunch dengan laksam yg dah berhari2 teringin, macam mengidam lak kan?.... masih guna resepi dari Yani@Myr tu.... mekasih ya...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
>> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau

>>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

puas dapat makan.... siap tambah2 lagi tu!

Cara-cara
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Monday, May 7, 2012

Serunding ikan

serunding ikan yg kak rose buat petang semalam.... adoyaiiii... lamanya nak bagi dia kering betul2, maklumlah memasak dengan api kecik dan takut hangus lak sbb sambil menunggukan serunding ni sambil layan main game bodo2... kadang2 sampai terlupa yg serunding ada atas dapur! buat ni untuk jadikan stok, nnti2 kalau nak makan serunding dah sedia ada kan.. bila baca kat ruangan komen tu ada yg kata makan dengan nasi impit, dah teringin lak pulak... nntilah kalau rajin boleh rebus nasi impit, stok pun dah ada.

resepinya kak rose cnp dari Myr oleh junjs11, mekasih ya dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini pulak.... kak rose buat dengan sekilo ikan kembung n double-up bahan2 kecuali cili api tu....

Bahan-bahan

  • 1/2kg ikan-rebus n blend/tumbuk isinya
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • bahan2 kisar:-
  • 15 cili kering
  • 2 in halia
  • 2 batang serai
  • 15 biji cili merah (kak rose gantikan dengan 5 biji cili api)
  • 2 ulas bawang putih
  • # 2 asam keping
  • # 2 sudu teh garam
  • # 2 sudu teh gula

Cara-cara

  1. tumis bahan mesin. masukkan santan, asam, isi ikan dan lain2.
  2. masak atas api sederhana hingga kering.

close-up sket.... mewah dengan isi ikan.

Sunday, May 6, 2012

Cucur badak


keledek yg dibeli badak pulak yg dapat nama.... juadah minum petang semalam, so tinggal gambo je la ya... tp tang saiz yang beso gedabak tu mmg padan lah dengan namanya. kak rose nak mencuba resepi cucur badak yg ada campuran tepung ubi dalam adunannya ni, sllu kan cuma tepung gandum jer... mmg sangat lembut walaupun sikit melekit2 masa nak membentuk tu, tp hasilnya sangat lembut gitu.... len kali boleh try lagi guna resepi ni.... dari Myr oleh quinnie, mekasih ya share resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini lak....

Bahan2 (anggaran 16 biji)
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt)
  • 1/4 cawan tepung kanji

  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
  5. cara buat inti
  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
  8. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh sapu minyak kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan. Insyaallah nanti senang la nak bentukkan.

Friday, May 4, 2012

Ayam panggang/bakar halia

panas, panas.... baru kuor dari oben....

pagi tadi masa ronda rumah orang ternampak ayam sedap ni berposing bersama2 pelakun2tambahannya yang cantik2 kat rumah Tun Telani, makan mata dan tekak yang jahat ni pun nak gak merasa.... tp kak rose buat setengah ekor je... sbb yang nak makan pun sorang jer.... dan bila dah masak dan meratah rasa rugi lak buat separuh je sbb sedap sangat... kak rose makan ayam ni dengan homemade coleslaw je, tp x amik gambo... malas la pulak! tun, kak rose nak cnp resepinya ya dan mintak izin nak tepek kat sini pulak.... terima kasih jugak pada Ummi dan tuan punya resepi asal Chef Hanieliza. mekasih semua share resepi ayam yg sedap nih.

Ayam panggang/bakar halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

Jeruk betik


ha.... ni la hasilnya. betik yang kak rose bawak balik dari kampung hari tu. sebiji telah kak rose korbankan menjadi jeruk ni... jeruk asli tanpa bahan pengawet dan makan pun tanpa was2 la kan.... nak ngadap semangkuk pun x rasa bersalah sbb sedap.... ya la kan sendiri buat kang kata x sedap kecik ati tukang buat kan kan... tp resepi dari CMG ni mmg terbaik lah... dulu pun kak rose pernah try resepi ni kat sini... mekasih ya Mat dan kak rose nak sharekan resepinya kat sini lak...

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
(kak rose nyer betik hampir masak tapi masih keras dan crunchy lagi)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua (kak rose x letak)

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
  2. PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.


  1. PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!...

2 hari dalam air gula cuka....

dan hasilnya....setelah direndam dalam air garam dan pas tu air gula cuka, masih rangup krup krap crunchy jeruk betik ni. dan dapat jugak jiran2 kak rose merasa homemade jeruk betik ni sambil pot pet petang....

Thursday, May 3, 2012

Permintaan Icha...

memenuhi permintaan icha- anak dara jiran sebelah rumah yg nak makan apam balik, kak rose merajinkan diri buatkan untuk dia.... first tunjuk camner nak masak pas tu serah kat dia sukati nak wat camner.... tp x teramik gambo lak yg icha buat nipis2 tu.... seronok tengok dia makan berkeping2.... x rugi membuatnya kalau ada orang yg nak makan kan.... resepinya kak rose masih guna yg sama pernah kak rose tepek dulu dari Ms Oreo@Myr. mekasih ya.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar (kak rose tambah butter jagung cream n gula)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Giliran tukang bayar plak!

setelah anak dan mama dah dapat, sekarang giliran tukang bayar pulak.... jeles jugak kot agaknya kan? dan hari ni balik keja terus tunjuk kat mama yg dia dah dapat menda ni.... happy la tu.... padanlah semalam asik tengok review tepon jer, siap buat print-out lagi... rupa2nya ada hajat! jangan anak bujang mama tu jeles lagi sekali sudah lah!