Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 12, 2012

Banana double chocolate muffin

buat muffin untuk makan2 petang ni.... ada pisang yg jiran bagi tp x termakan pulak.... kesian dia terbiar cenggitu baiklah jadikan sesuatu yg mengenyangkan. balik dari sdmc td terus masak dan sambil tu selongkar gobok izah cari resepi muffin pisang ni.... jumpa yg ni, nampak macam mudah jer resepinya... tp biasalah kak rose ni kan ada je yg x kenanya kalau buat muffin.... tp x jeran! nak jugak mencuba... dan hasilnya mmg mabeles, lembut n moist muffin ni.

mekasih pada tuan punya resepi asal Charishma Ramchandani dan Izah yg sharekan resepi ni dan kak rose nak mintak tepek kat sini lak ya....


Menghasilkan 8-11 biji muffin (kak rose dapat 13 biji guna cup yg ni)

Bahan:
1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula * izah kurangkan setengah (kak rose ikut izah... just nice manisnya!)
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 sk baking powder

1 1/3 cwn pisang lecek
1/3 cwn minyak sayur
1 biji telur
1 cwn coklat chips


Caranya:
Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama.
Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur.
Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi.
Sebatikan tapi jangan overmix.
Masukkan coklat chip. Gaul rata.
Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh.
Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.
Sedia untuk di hidang.

bak kata Izah, makan panas2.... sedap!

Wednesday, April 11, 2012

Kuih vadai

salam dan selamat petang semua... buat kuih vadai ni sbb nak makan puas2.... semalam lepas makan rojak tu ada la kat sebelah tu mamak jual kuih ni.... bli 4 keping jer, nak rasa... mak ai!!! sekeping ceconet tu pun dah 50sen. balik dari situ terus je singgah kat c4 g cari kacang dhal ni.... meh kita buat sendiri barulah dapat makan puas2 kan.... macam kemaruk pulak!

pagi tadi nampak kuih ni kat rumah Watierman, nampaknya menu kita samalah hari ni ya Watie.... tp resepi ni kak rose dapat dari fotopages rinnchan yg pernah jugak kak rose buat dulu.... mmg sedap dan puas ati sangat dengan kejadiannya. makan panas2 dengan secawan nescafe sambil borak2 dihari cuti.

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)
satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulag yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing.

Nasi lemak n sambal ayam penyet

heavy bekpes n lunch dah leh skip ni......

selamat bercuti2 dan bermalas2an.... masak nasik lemak dengan sambal ayam penyet ni atas permintaan. kan senang mama nak masak kalau ada orang yg suggest nak makan apa... x la mamanya ni poning palo nak mike apa yg nak dihidang untuk keluarga kan.... sejak pertama kali dapat makan nasi ayam dengan sambal ayam penyet tu, terasa pulak nak lagi, kali ni gandingkan dengan nasik lemak pulak.... mmg mabeles la sambal tu... begitu lah review pada ramai yang telah mencuba sambal ni....

resepinya dari Ijan yg digandingkan dengan nasi ayam penyet tu...

Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit (kak rose buh banyak2 ikan bilis tu....)
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 4 biji je cili api!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.(kak rose skip yg ni...)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

nasi lemak dengan sambal ayam penyet dan segala neka sampingannya..... fish fillet, chicken fingers, ikan bilis goreng, telor mata, timun dan juga sambal ikan bilis yg x terenter frame.... kesian sambal tu kan, mentang2 dah ada sambal ayam penyet, macam diketepikan pulak dia!

Tuesday, April 10, 2012

Meh pekena rojak mamak....

tengahari td lepas abes g physiotherapy anak bujang kat sdmc terus lah singgah kat ss15, pekena rojak mamak. punyalah panjang berbaris nak dapatkan sepinggan rojak ni... mama yg bli cendol pun dah puas tunggu sampai cendol suma cair baru dapat nyuap rojak ni.... maklumlah waktu lunch, ramai sungguh pelanggan dia

sementara anak baris kat rojak, mama pulak baris kat cendol ni.... tp x ramai mana dan kejap je dah dapat....

cendol yg best dengan kidney beans yg sangat lembut.... puas dapat makan cendol dengan ais batu sagat.

2 beranak duduk kat birai divider menikmati rojak dan cendol mamak.... nasib baik je x de gagak kat atas pokok2 tempat kami duduk dibawahnya tu....

Bun manis

semalam hari yg rajin duduk didapur.... bila anak bujang ada dirumah kerana cuti seminggu mamanya kenalah rajin terperap didapur.... gunakan lengan yg banyak lemak ni, menguli doh roti ni hingga keluar muscle macam mr. popye tu.... dan hasilnya mmg puas hati lah dapat makan bun yg panas2 baru kuor dari oben sendiri.... resepi kak rose cnp dari rumah Ros jintanmanis yg kini dah memulakan business home stay nya. tahniah ya ros dan bertambah maju hendakya dengan apa saja yang diceburi.... terima kasih juga pada resepi bun manis ni.

Bahan-bahanya

150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver ( mesia mari)

ingat nak wat sarapan pagi ni......
rupanya bila tengok dah kosong tupperware kat blakang tu.....alahai anak.... anak!


Caranya.
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya.Selamat Mencuba.

Ayam ros pandan

Salam dan selamat pagi yg sejuk..... hujan x berenti dari sebelum subuh lagi. kalau dapat tarik selimut ni alangkah bestnya kan..... tp pagi nak kena hantar anak sambung buat physiotherapy kat SDMC lagi.... kena g awal takut jalan jem hujan2 ni kan....

sebelum tu sempat lagi tepek lauk lunch semalam..... 2 beranak nak makan nasi tengahari semalam, buatlah ayam ros pandan yang wangi n sedap nih. harum semerbak bau pandan masa memasaknya dan bila hidang pun masih terbau wanginya. pernah buat dulu dan bila dah tau kesedapanya, maka ulang tayang pun mesti ada kan.... resepi dari CMG, mekasih ya mat.... makan dengan nasi panas2 terlupa dah lauk yg lain!

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Monday, April 9, 2012

Puding roti karamel

puding roti yang sememeh..... sebenarnua buat puding dua hari lepas dah..... kadang2 tu x tau apa nak dimakan petang2 kan.... bila ada yg suggest buat puding roti, kak rose pun carila resepi dan terpandang resepi puding ni kat rumah Nor Secubit Garam.... tp dia punya mmg cantik sangat2.... tu yang membuat kak rose nak mencubanya... tapi tengok kejadian puding kak rose ni sangatlah kesian kan..... walaupun sememeh tp sangatlah sedap.... x puas lak makan! x pe t roti ada banyak nnti len kali boleh cuba lagi dan guna loyang yg kecik sket. Nor mekasih ya, dan semua yang telah memanjang resepi ni. kak rose mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya...

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

bak kata nor, texture nya sangat halus n mulus, x de botox2 ya!
harap diampunkanlah rupanya yg sememeh tu!